Resepi Sotong Mudah Dan Lazat yang saya akan kongsikan dengan korang harini sangat senang untuk dibuat. Walaupun nak buat senang, tapi rasa dia memag terbaik.

Banyak resepi yang boleh kita buat berasaskan sotong ni. Berbagai-bagai variasi masakan yang boelh dibuat dengan menggunakan sotong.

Kalau saya nk cerita satu-satu masakan berasaskan sotong ni, memang tak habis lah. Korang pun mesti tertunggu-tunggu mana resepi dia kan. Jom ikuti resepi-resepi yang akan saya kongsi dengan korang.

Resepi Sotong Mudah Dan Lazat

1. Kari Sotong Mamak

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg sotong
  • 1 mangkuk air
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 sudu makan garam
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 biji tomato
  • 4-5 biji cili hijau
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 sudu makan kicap lemak manis

Cara-Cara Memasak

  1. Basuhkan sotong sehingga bersih. Kemudian toskan sotong.
  2. Sementara itu, tumiskan bawang putih, serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan masak sehingga rempah masak. Kemudian tambahkan air.
  4. Masukkan garam dan kicap lemak manis secukup rasa. Kemudian masukkan sotong.
  5. Apabila sotong separuh masak, masukkan bawang yang dipotong bulat, tomato dan cili hijau.
  6. Biarkan seketika dan siap untuk dihidangkan.

 

2. Kacang Panjang Goreng Bersama Sotong Dan Udang

Bahan-Bahan

  • 10 ekor sotong
  • 10 ekor udang
  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara-Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
  3. Kemudian masukkan kacang panjang dan sos tiram.
  4. Kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

 

3. Sambal Sotong Petai

Bahan-Bahan

  • 20 ekor sotong
  • 1 papan petai
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Cara-Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan sotong dan petai. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan sehingga masak.
  5. Tunggu sehingga kuah agak pekat dan siap untuk dihidangkan.

 

4. Kerabu Sotong

Bahan-Bahan

  • 200g sotong  (hiris tebal)
  • 30g suhun  (direndam dan celur)
  • 2biji bawang merah  (hiris nipis)
  • 2biji bawang putih (hiris nipis)
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • 3 biji cili padi  (hiris nipis)
  • Sedikit (dihiris) daun sup
  • Air limau nipis secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara-Cara Memasak

  1. Rebuskan sotong yang sudah dibersihkan sehingga masak. Kemudian toskan.
  2. Rendam suhun dan celurkan. Kemudian keluarkan dan toskan airnya. Ketepikan seketika.
  3. Masukkan semua bahan hirisan dalam satu mangkuk dan gaulkan sekata.
  4. Kemudian masukkan sotong dan suhun.
  5. Akhir sekali masukkan gula dan perahan limau nipis secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.

 

5. Kerabu Mangga Sotong

Bahan-Bahan

  • 6 ekor sotong
  • 1/2 biji mangga (dihiris kasar)
  • 1 biji tomato (potong kecik)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 1/3 biji bunga kantan(dihiris halus)
  • 3 biji cili (dihiris)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji limau nipis

Cara-Cara Memasak

  1. Rebuskan sotong dan toskan apabila sudah masak. Biarkan seketika.
  2. Satukan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan seketika sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan sotong dan gaulkan sebati. Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

 

6. Ketupat Sotong

Bahan-Bahan

  • 10 ekor sederhana besar sotong
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya (gula melaka sepenuhnya pun boleh)
  • 2 helai daun pandan  disimpul
  • 10 batang ( 3 – 4 cm panjang ) lidi

Cara-Cara Memasak

  1. Pertama sekali bersihkan beras pulut dan rendam sehingga 30 hingga 45 minit. Kemudian toskan.
  2. Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepala dengan badan. Tidak perlu potong atau hiris sotong.
  3. Kemudian isikan beras pulut yang sudah ditoskan sehingga 1/3 penuh didalam sotong.
  4. Tutupkan sotong dengan kepala sotong tadi dan cucukkan lidi menebusi badan dan kepala sotong supaya melakat.
  5. Masukkan sotong yang siap diisi dengan beras pulut kedalam periuk. Kemudian masukkan air dan daun pandan.
  6. rebuskan selama 20 minit atau hampir masak.
  7. Akhir sekali masukkan santan, garam dan gula melaka secukup rasa. Biarkan sehingga beras pulut masak.
  8. Siap untuk dihidangkan.

 

7. Sotong Goreng Butter

Bahan-Bahan

  • 10 ekor sotong
  • 3 sdb tepung
  • 1 sdb serbuk kari
  • 1 biji telur
  • ½ buku butter
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji cili api
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • 1 tin susu cair

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian gaulkan sotong dengan tepung gandum, seruk kari dan telur.
  2. Gorengkan sementara.
  3. Sementara itu cairkan butter didalam kuali berasingan.
  4. Apabila butter sudah cair, masukkan cili dan daun kari. Kemudian masukkan susu caair dan biarkan menggelegak.
  5. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

 

8. Sayur Campur Rencah Sotong

Bahan-Bahan

  • 9 ekor sotong
  • 8 batang kacang buncis
  • 100gm kobis
  • 50gm bunga kobis
  • 2 keping kek ikan

Cara-Cara Memasak

  1. bersihakn sotong kemudian rebuskan sehingga lembut.
  2. Kemudian tumiskan bawang sehingga naik bau.
  3. kemudian masukkan kacang buncis, kek ikan, bunga kobis dan sotong.
  4. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

 

9. Sotong Ketuk Serai/Singgang Sotong

Resepi Sotong Mudah Dan Lazat

Bahan-Bahan

  • 4 ekor sotong
  • 1 batang serai
  • 4 biji (sederhana) bawang merah
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihakn sotong kemudian toskan dan ketepikan sementara.
  2. Kemudian masukkan air dan bahan-bahan lain kedalam periuk.
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan rebuskan sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

 

10. Sotong Bakar

Bahan-Bahan

  • 2 ekor sotong
  • 1 batang serai kisar
  • Secubit belacan
  • 2 biji cili merah kisar
  • 1 ulas bawang merah kisar
  • 1 ulas bawang putih kisar
  • 1/4 tsp serbuk lada hitam
  • 2 tbsp madu
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan kemudian toskan.
  2. Kisarkan halus bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, serai dan cili merah.
  3. Gaulkan bahan kisar bersama sotong dan perapkan selama sejam. **untuk lebih sedap, perapkan lebih lama
  4. Kemudian bakarkan sotong diatas pembakar elektrik atau bakar diatas bara arang.
  5. Siap untuk dihidangkan.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 89 times!)