Resepi Sotong yang akan saya akan kongsikan dengan korang semua harini merupakan resepi yang sangat ringkas, bahan yang mudah untuk diperolehi dan juga menjimatkan masa korang semua tau. Kalau sebut pasal sotong, ada ke orang tak suka makan sotong?

Semua orang suka makan sotong walaupun ada alergik ke apa. Tapi kalau alergik makanan laut tak boleh nak buat apa dah. Kalau beli makanan berasaskan sotong ni kat kedai, memang umphh lah harga dia. Rasa belum tentu boleh masuk dengan tekak kita kan.

Jom ikuti resepi yang berasaskan sotong yang akan saya kongsikan dengan korang seperi dibawah ini.

Resepi Sotong

1. Kerabu Sotong Ala Thai

 

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk sotong
  • 2 biji limau nipis
  • 1-2 biji bawang besar
  • 3 sudu besar fish sauce
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 5-10 biji cili padi
  • Daun ketumbar secukupnya
  • 2 biji tomato dibelah 4

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong terlebih dahulu. Kemudian potong secara bulat-bulat dan masukkan kedalam mangkuk.
  2. Kemudian didihkan air terlebih dahulu. Kemudian masukkan sotong yang sudah dibersihkan.
  3. Bairkan selama 5minit sehingga sotong lembut dan separuh masak.
  4. Kemudian keluarkan sotong dan toskan.
  5. Potong bawang mengikut citarasa anda macam mana dan potong serong cili padi.
  6. Kemudian campurkan semua bahan dan perahkan limau nipis. Perasakan hingga cukuo rasa dan siap untuk dihidangkan.

2. Sambal Tumis Kepala Sotong

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk kecil kepala sotong
  • 1 keping asam keping
  • 1sb sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

  • 9 tangkai cili kering direbus
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Cara-Cara Memasak

  1. Panaskan minyak seketika. Kemudian tumiskan bahan kisar. Masukkan asam keping dan biarkan seketika supaya agak kering sedikit.
  2. Kemudian masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan kepala sotong dan kacaukan sehingga sebati.
  4. Biarkan seketika sehingga sotong masak dan siap untuk dihidangkan.

**Sekiranya suka pedas, boleh tambahkan cili padi.

**Kalau kuah lebih, tambahkan sedikit air.

 

3. Sotong Celup Tepung Dengan Oat

Bahan-Bahan

  • 5 ekor sotong
  • 5 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukup rasa
  • Sebiji telur
  • 2 sudu oat
  • Air secukupnya

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan kemudian toskan. Sapukan sedikit tepung supaya sotong tidak melekat satu sama lain. Biarkan seketika.
  2. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan lain. Kacaukan sebati dan pastikan air tidak terlalu lebih untuk elakkan daripada cair.
  3. Panaskan minyak. Kemudian celupkan sotong didalam adunan tepung yang sudah sebati. Kemudian gorengkan dengan api sederhana.
  4. Apabila sotong sudah masak, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

**Boleh makan bersama sos cili atau nasi.

 

4. Sotong Masak Hitam

Bahan-Bahan

  • 5 ekor sotong saiz sederhana, dakwat sotong disimpan
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 2 batang serai dititik
  • Setengah sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan bawang putih dikisar
  • 1 sudu makan cili kering direbus dan dikisar (pilihan)
  • 2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 tangkai cili hijau/merah
  • 5 biji cili padi (pilihan)
  • Minyak secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya (jika ingin kuah lebih)

Cara-Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa masing-masing dan jangan lupa simpan dakwatnya. Toskan seketika sotong tersebut.
  2. Masukkan sotong, dakwat, serai, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, lengkuas dan halia ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian pecahkan dakwa sotong dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digaul sebati.
  5. Gorengkan sehingga sotong kecut atau masak. Kalau nak kuah lebih, masukkan air. **Sotong juga dah keluarkan air.
  6. Siap untuk dihidangkan.

5. Sotong Kari Pekat

Bahan-Bahan

  • 500 gm sotong dihiris tebal
  • Satu tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/2 inci halia dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Sedikit air
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 cawan santan cair
  • Tomato ceri dibelah 2 secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukup rasa

Cara-Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang besar dan daun kari seketika.
  2. Kemudian masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gorengkan hingga perang keemasan.
  3. Masukkan air, serbuk kari, dan sedikit air asam jawa. Kacaukan sebati.
  4. Masukkan santan cair, kacaukan dan biarkan sehingga pekat.
  5. Kemudian masukkan tomato dan sotong. Kacau sebati dan bairkan sehingga sotong masak. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.

 

6. Sambal Sotong

Bahan-Bahan

  • 1 keping sotong kering (direndam seharian)
  • 100 gram cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 1 sudu teh asam jawa (adabi)
  • 1 sudu kacang goreng (ditumbuk)

Cara-Cara Memasak

  1. Potong kecil sotong kering yang sudah direndamkan. kemudian kisar cili kering yang dibuang biji bersama 2 labu bawang, 1 sudu asam jawa dibancuh bersama suku cawan air.
  2. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga bau cili hilang. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan air asam jawa yang dibancuh dan 1/2 cawan air. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sotong dan kacang yang telah ditumbuk. Kacaukan sebati dan tunggu sehingga masak.
  5. Siap untuk dihidangkan.

7. Sotong Masak Merah

Bahan-Bahan

  • 8 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 biji tomato

Cara-Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili yang dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga tomato.
  4. Kemudian masukkan sotong yag sudah dibersihkan. Biarkan sehingga sotong masak dan siap untuk dihidangkan.

 

8. Tom Yam Sotong Bersantan

Bahan-Bahan

  • 5 ekor sotong
  • 2 biji bawang merah (belah 4)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 3 biji cili padi (ketuk)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1/2 batang carrot
  • 5 kelopak kubis
  • 1 pokok sawi
  • 1 kiub pes tomyam
  • 1/2 cawan santan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak

  1. Didihkan 1/2 liter air didalam periuk terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan kiub tomyam, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili. Biar mereneh seketika.
  3. Masukkan lobak dan biarkan lembut sedikit.
  4. Kemudian masukkan sawi, kubis dan sotong serta santan. Gaul sebati. Biarkan mereneh dalam 2-3 minit sahaja.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bairkan sehingga sotong masak dan siap untuk dihidangkan.

 

9. Sambal Sotong Kembang Berkacang

Bahan-Bahan

  • 3 keping sotong kembang
  • 2 mangkuk lada giling
  • 3 biji bawang merah
  • 100gm kacang tanah

Cara-Cara Memasak

  1. Gorengkan kacang tanah tanpa minyak terlebih dahulu. Kemudian angkat bila kekuningan.
  2. Potong kepada dua dan memanjang.
  3. Tumiskan lada dan bawang yang sudah dikisar sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa anda.
  5. Gaulakn sebati dan biarkan sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

 

10. Sotong Masak Kicap

Bahan-Bahan

  • 500 gram sotong-dihiris bulat
  • 2 batang cili merah – hiris serong
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa knorr
  • Kicap masin secukupnya
  • Gula secukup rasa

Cara-Cara Memasak

  1. Berishkan sotong terlebih dahulu. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, serbuk perasa knorr dan serbuk kunyit hingga sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan sotong tadi. Tutup kuali dan bairkan air sotong kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  3. Kemudian masukkan air bancuhan asam jawa, gula dan kicap masin secukup rasa.
  4. Masukkan cili merah yang dihiris serong dan kacaukan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 180 times!)