Musim durian kembali lagi dengan keenakan dan kelazatan yang begitu menakjubkan bagi pencinta durian diluar sana. Lambakan buah durian yang dijual dengan harga yang begitu murah pasti menaikkan lagi semangat setiap penggemar durian untuk mendapatkannya.

Namun begitu, bukan semua buah durian memberikan kelazatan yang setimpal dengan apa yang dilihat pada luarannya. Ramai yang tertipu dengan membeli buah durian yang tidak mendatangkan hasil sepertimana yang dibayangkan oleh pembelinya.

 

 

Oleh itu disini terdapat perkongsian tips memilih durian yang dapat memenuhi citarasa semua. Semoga dapat memuaskan hati setiap pihak dalam membuat pemilihan dalam membeli buah durian.

Tips Memilih Durian

  1. Bentuk bulat
    Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
  2. Berat durian
    Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
  3.  Tangkai
    Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
  4. Bunyi
    Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
  5.  Duri
    Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
  6. Bau
    Hidu durian dan cari yang berbau manis.
  7. Juring
    Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
  8. Kulit
    Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
  9. Warna
    Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
  10. Musim
    Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

 

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

kredit: Azlan Noor 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)