Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Patut Tak Kurus-Kurus” Wanita Ini Kongsi Mitos Diet Yang Dipercayai Hingga Kini

Nasiha Gaberan by Nasiha Gaberan
Disember 28, 2020
in Tips Makanan
3 min read
0 0
0
0
SHARES
227
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sering kita mendengar pelbagai mitos berkait dengan diet yang masih dipercayai ramai sehingga kini. Diantara mitos yang sering didengari adalah minum air green tea boleh menurunkan berat badan dan banyak lagi mitos diet lain. Jika tersalah cara untuk turunkan berat, ia boleh memberi mudarat kepada kesihatan tubuh makan.

BacaJuga

No Content Available

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shah Rini berkongsikan 18 mitos diet yang masih dipercayai oleh orang ramai sehingga kini. Dia juga berjaya menurunkan berat badan tanpa mempercayai semua mitos karut ini! Jom lihat perkongsian penuh di bawah.

“Patut Tak Kurus-Kurus” Wanita Ini Kongsi Mitos Diet Yang Dipercayai Hingga Kini

1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak

2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.

3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.

4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.

5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.

6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.

7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.

8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.

9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.

10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama, tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.

11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.

12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.

Minum air masak secukupnya

13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut, anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.

14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gula nya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.

Jangan tertipu dengan label “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar”

15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dsb.

16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.

17. Workout tutup kipas/aircond supaya byk peluh is so yester-year. MOVE ON.

18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON.

 

Sumber: Sha Rini

Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Free Download WordPress Themes
free download udemy paid course
download lenevo firmware
Tags: Mitos Diet
ShareTweetSend

Related Posts

Petua Simpan Daun Ketumbar
Tips Makanan

Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau Selepas ‘Sebulan’

Januari 16, 2021
219
Taugeh Kekal Segar
Tips Makanan

Petua Taugeh Kekal Segar Selepas Simpan Berminggu, Tak Cepat Hitam & Lebam

Januari 12, 2021
415
Kentang Bertunas
Info

‘Bahaya’ Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun? Baca Penjelasan Ini

Januari 11, 2021
287
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist