Sambal Ikan Bilis Tempoyak Petai Pujaan Hatiku Oleh Marina Ismail

Yuhuuuu masak apa tengahari tadi? Angin “M” datang melanda kak M arini sebab ada kerja menimbun-nimbun.

 Cer tengok kat bawah tu, haaa nampak takk nampak tak apa Kak Mmasak tadi. Mudah yakmat tapi sedap nak pengsannn weiii. Dah dah gi lap air liur yang dah menitik tap tap tuh 😝😋

 


SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK PETAI PUJAAN HATIKU


Bahan:
.
Ikan bilis (goreng garing)
1 biji bawang besar
1 batang serai di ketuk
3 sudu besar pes cili kering
3 sudu besar tempoyak
3 papan petai
Garam & gula secukup rasa


Cara:

1. Blend bawang besar dan tumis hingga naik minyak

2. Lepas tu masukkan pes cili kering. Masak sampai garing dan pecah minyak.

3. Masukkan serai, petai dan tempoyak.

4. Kacau sampai rata dan sebati.

5. Masuk garam dan gula.

6. Bila kaler sambal dah cantik dan berminyak, petai pun dah masak terus tutup api.

7. Dah tutup api baru masukkan ikan bilis goreng tadi.

8. Kacau ikan bilis sampai rata.

9. Dah siap dan boleh hidang.
.
p/s : Eh jangan lupa masak nasi tau sebelum masak lauk ni..hehe😁


#kakMmasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *