Rendang Ayam Basah Senang Yakmat Oleh Marina Ismail

Salam Hari Raya  buat semua! Apa menu feveret kat rumah awak masa raya?

Semua orang ada menu feveret tersendiri ye tak. Anak-anak kak M paling suka makan Rendang Ayam Basah ngan Soto. Tapi gambar step by step soto tak sempat nak amik. Busy yakmat!

Rendang ayam basah ini sebenarnya sama je macam resepi rendang ayam yang biasa. Cuma sebab budak-budak kat rumah ni suka yakmat makan serdak rendang tu yang masih basah dan macam kuah lagi dengan lemang, nasi impit atau nasi, jadi kak M tak masak rendang ini sampai kering sepenuhnya. Still ada gravy lagi. Sebab tu lah Kak M panggil Rendang Ayam Basah. Best gak jimat masa sebab tak payah nak tunggu dan kacau rendang ni lelama sangat sampai kering.

Apa2 pun cara masakan kita, InsyaAllah sedap, yang penting masakdengan ikhlas dan kasih sayang untuk keluarga dan sahabat handai kita.

RENDANG AYAM BASAH Senang Yakmat

BAHAN-BAHAN :


1 ekor ayam (kurang lebih 1 kg), potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan tos
1 packet santan asli G & M

1 keping asam gelugor
4 -5 helai daun limau purut, mayang halus
2 helai daun kunyit, mayang halus
Sikit gula melaka
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh tambah)
4 batang serai di ketuk
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR :
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
6 batang serai

CARA MASAK:

1. Masukkan bahan kisar, santan dan juga ayam ke dalam kuali. Masaksambil kacau sekali sekala.
2. Biar mendidih perlahan sambil kacau lagi sekali sekala. Masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan jugak sedikit garam. Kacau sampai rata.
3. Bila menggelegak, masukkan, hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Masak di atas api kecik sampai naik minyak dan dapat kepekatan kuah yang kita nak.
6. Kacau dan rasa, kalau kurang masin, tambah sedikit garam. Masaksekejap, rasa dan kalau dah ok boleh matikan api. Siap dan boleh hidangkan dah👍🏻

#kakMmasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *