Resepi Sardin Homemade

Sardin memang sedap, kalau dulu sardin makanan bila duit tak cukup, boleh buka selera, tapi sekarang sardin makanan mahal. Satu tin dah berapa ringgit nak beli baik buat sendiri, selamat dan murah.

Bahan-bahan :

  • 1 labu bawang bsr
  • 1 labu bawang bombay (kuning)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sdm sos cili
  • 4 sdm cili kisar
  • 1 tin tomato puri
  • 2 keping asam keping
  • 3 sdm tepung jagung d bancuh dengan sedikit air
  • 1 kg ikan sardin segar/basah di buang kepala n isi perut basuh dan toskan
  • Garam/Gula

semua bawang di potong dadu

Tumis bawang yang du dadu hingga kekuningkan
Masukan sos cili, cili kisar, tomato puri, asam keping goreng hingga pecah minyak.

Masukan air ikut banyak ikan agak ikan tengelam ( lebih air sebab nak bagi kuah mereneh lama dalam periuk).

Perasakan kuah secukup rasa, masukan bancuhan tepung jagung. Tutup periuk dan biarkan ikan masak dan kuah mereneh ( resepi asal biarkan dalam 1 jam, kak sue buat dlm 30 minit sebab ikan tidak banyak)

Agak pekat bolaehlah tutup api. Sejukan dan boleh masuk ke dalam bekas, Dan boleh simpan dalam peti ais, nak masak cuma panaskan, atau tumis bawang bulat-bulat, cili besar dan masukan sardin homemade dan siap!!.

Kredit Sumber resepi : Nor Sue Ella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *