Resepi bubur som-som asli menggamit memori

Hari ni kak M nak kongsikan kuih kegemaran kak M masa bulan puasa selain dari tepung pelita. Dulu masa kecik-kecik mak selalu buat masa bulan puasa. Ada jugak yang buat kaler hijau, tapi kak M kekalkan originality nya warna putih bersih.

Selain dari sedap, kak M suka menu ni sebab sekejapan je boleh siap. Serious! Menu ni sesuai sangat untuk mak-mak yang sentiasa busy kerja atau bisnes tapi still nak masak air tangan sendiri untuk family.

Ok jom tengok betapa senang nak buat bubur som-som nih. 

RESEPI BUBUR SOM-SOM ASLI


Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan (kalau guna santan kotak, sukat guna 2 cawan, yang kurang campurkan air sampai cukup 2 cawan sukatan itu)
1 cawan air
2 sudu kecil garam halus


Bahan B
1 buku gula melaka (dalam 300g)
3 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan


Cara –cara:

1. Campur semua bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau masa kita memasak)
2. Masakkan atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat dan berkilat
3. Matikan api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh jugak kalau nak masukkan dalam loyang.
4. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

 

Senang yakmat kan!

Sedap sangat di makan sejuk-sejuk dari peti ais. Jom try masak masa berbuka nanti. Sempat lagi nih 💪🏻


.
#kakMmasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *