Resepi Udang Kung Pao Simple – Udang Lipan atau Mantis Shrimp

Sape penah makan Udang Lipan? Bahasa omputihnya Mantis Shrimp. Ada gak yang panggil udang ketak atau udang mentadak. Tapi nama paling glamour dia udang lipan la mungkin sebab bentuk badan dia yang ada ruas-ruas macam lipan kot.

Arini Kak M nak share camne cara nak siang udang lipan nih.

Eh tapi serious tau kulit dia keras betul banding dengan udang biasa tu.


.
1. Nak siang Udang Lipan, awaakk guna gunting tajam baru senang.
2. Gunting bahagian kepala udang ini yang bentuk dia macam mentadak
3. Pastu gunting plak bahagian kaki-kaki dia yang berjurai dan juga kaki belakang yang macam paddle tu.
4. Last sekali, gunting bahagian tepi ekor dan juga bahagian tepi udang ni yang berduri. Haa yang ni kena hati-hati tau sebab duri dia tajam dan sakit kalau kena


.
Lepas 2 hari dapo tak berasap sibuk ke sana kemari, tengahari tadi Kak M masak Udang Lipan masak Kung Pao. Masak campak-campak namanya sebab nak cepat. Pada Kak M isi udang lipan ni sedap, rasanya setanding la dengan isi udang biasa. Rasa dia macam kombinasi isi udang dan ketam.
.
Resepi Udang Kung Pao Simple
Udang Lipan
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
5-6 tangkai cili kering – boleh dipotong 1 inci
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu kicap pekat
1 biji bawang holland – dibelah 4 atau 6 (tengok pada saiz)
Capsicum – di dadu besar
½ cawan air – boleh kurang atau lebih ikut suka
Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara-cara:
1. Goreng dulu udang lipan yang dah di siang tadi. Angkat.
tak perlu garing.
2. Kurangkan minyak dalam kuali pasti goreng cili kerang plak. Angkat.
3. Tumis bawang putih dan halia sampai garing. Jangan hangus.
4. Masukkan campuran sos cili, kicap pekat dan sos tiram, tuang air.
5. Bila dah didih masukkan udang yang dah digoreng tadi. Kacau udang dan sos tadi hingga rata.
6. Masukkan bawang besar dan capsicum yang sudah di dadu. Gaul sekejap dah siap!

p/s: Kak M tak tambah garam atau gula sebab rasa macam dah just nice.

Bebudak suka tau resepi ni, nak gantikan udang tu dengan ayam pun boleh. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *