1. Kuih Nona Manis

kuih muih tradisional

Bahan A:

  • 1 biji telur
  • 125gm gula kastor
  • 250ml santan  |  125ml santan kotak + 125ml air
  • 145gm tepung gandum

Bahan B:

  • 125ml santan
  • 125ml air pandan  |  5 helai daun pandan + 125ml air. Kisar dan tapis airnya
  • 55gm gula halus
  • 30gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau epal
  • Sedikit pandan emulco ( jika suka)

Bahan C:

  • 250ml santan  |  125ml santan + 125ml air
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam

Cara memasak:

  1.  Untuk bahan A, satukan gula, tepung dan santan. Kacau rata.
  2.  Masukkan telur yang dipukul dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
  3.  Bagi bahan B, satukan air pandan dan santan. Campurkan gula, tepung jagung, garam dan pandan emulco. Pukul hingga rata dan sebati.
  4.  Masak adunan hingga berkilat dan sedikit pekat dengan api sederhana.
  5.  Tuangkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
  6.  Satukan kesemua bahan C dan kacau sebati. Masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
  7.  Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
  8.  Tuangkan 3/4 penuh acuan lompang dengan adunan hijau.
  9.  Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik dan memenuhi acuan lompang.
  10.  Susun di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
  11. Angkat dan biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang. Sedia dinikmati.

2. Koleh Kacang Taik Minyak

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
  • 200gm gula merah
  • 50gm gula pasir
  • 500ml santan
  • 200ml tepung kacang hijau

Cara memasak:

  1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
  3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
  4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
  5. Sedia dinikmati.

3. Kuih Peria

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • Santan cair secukupnya  |  tambah sedikit garam dalam santan
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Pewarna makanan

Cara memasak:

  1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.
  2. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga jadi doh.
  3. Jika mahu buat kuih berwarna, tambahkan sedikit pewarna makanan.
  4. Cubit doh dan leperkan. Letak inti secukupnya dan bentukkan menjadi bentuk kuih peria.
  5. Sapu sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat. Kemudian lorekkan corak pada kuih dengan menggunakan garpu.
  6. Letak kuih ke dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan plastik atau daun pisang. Kukus kuih dengan api sederhana selama 10-15 mini.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

**Resepi Inti Kacang Homemade**

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 200gm kacang merah
  • Daun pandan secukupnya
  • 1/2 cawan gula merah
  • Gula pasir ikut kesesuaian rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2-3 sudu makan tepung gandum
  • Air untuk merebus kacang secukupnya

Cara memasak:

  1.  Rendam kacang merah semalaman. Kemudian toskan air dan cuci bersih.
  2. Rebus kacang bersama daun pandan sehingga empuk.
  3. Masukkan kacang ke dalam blender. Tambah air rebusan dan kisar halus.
  4. Masukkan kacang kisar ke dalam kuali. Tambahkan juga daun pandan, gula merah, gula putih dan garam. Jumlah gula putih ikut tahap kemanisan yang disukai.
  5. Kacau pes kacang menggunakan api sederhana hingga hampir kering.
  6. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  7. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga kering. Tujuan guna minyak masak adalah untuk menjadikan inti kacang jadi berkilat. Inti yang dimasak hingga kering juga boleh tahan lebih lama.
  8. Siap dan sedia untuk digunakan.

4. Akok

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan gula merah  |  gula ni masak dulu bagi cair
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras

Cara memasak:

  1. Pukul telur sampai kembang
  2. Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
  4. Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
  5. Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.

5. Serabai

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
  2. Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
  3. Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
  5. Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.

Bahan-bahan untuk kuah manis:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 keping gula melaka/nisan

Cara memasak kuah manis:

  1. Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
  2. Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
  3. Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
  4. Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
  5. Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.

6. Beko Pandan

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
  • 1/2cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2cawan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit minyak masak

Cara memasak:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
  2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan
  3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
  4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
  5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
  6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
  7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.

7. Nekbat Sira

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung beras
  • 10 biji telur
  • Sedikit pewarna oren

Bahan untuk sira:

  • 500ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:

  1. Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
  4. Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
  5. Bakar hingga kekuningan atau garing.
  6. Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
  7. Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
  8. Masukkan daun pandan dan cengkih.
  9. Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
  10. Kuih sedia dihidangkan.

8. Kuih Ulat Bulu

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus

Cara memasak:

  1. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
  2. Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
  3. Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
  4. Buat sampai habus.
  5. Didihkan air kemudian, rebus adunan.
  6. Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
  7. Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
  8. Sedia dihidangkan.

9. Kuih Tahi Itik

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 10 biji putih telur
  • 500ml santan
  • 400gm gula pasir
  •  100gm tepung pulut
  • 150gm tepung beras
  •  1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
  2. Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
  3. Kemudian sejukkan
  4. Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.

10. Belebat Ubi

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 160gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
  • 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
  • 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
  • 800ml santan
  • 1sudu teh garam halus
  • Daun pisang secukupnya |layur dahulu

Cara memasak:

  1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
  2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
  3. Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
  4. Campur ubi dan pisang.
  5. Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
  6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.

11. Jala Mas

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 30 biji kuning telur | ditapis
  • 1kg gula
  • 1kg air
  • Daun pandan
  • Pewarna kuning
  • Kuali seeloknya guna kuali tembaga. Jika tiada, guna mana-mana kuali yang tebal.
  • Acuan untuk jala mas (boleh juga guna acuan roti jala)

Cara memasak:

  1. Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga didih dan air gula kelihatan agak pekat. Pada waktu ini, daun pandan bolehlah dibuang.
  2. Kemudian kirai kuning telur yang telah ditapis ek dalam air gula tadi. Guna acuan yang bermuncung halus.
  3. Untuk proses mengirai ni, kirai sikit-sikit, kemudian angkat. Boleh juga menambah sedikit air kerana air gula akan menjadi bertambah pekat. Ulang hingga habis adunan.
  4. Jala mas yang siap dihasilkan, boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan pelengkap hidangan puding raja.

Nota: Pewarna tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan kuning telur kerana ianya tidak larut dan menjejaskan kualiti Jala Mas.

12. Puding Raja

kuih muih tradisional

Bahan-bahan untuk jala mas:

  • 7 biji telur
  • 2 senduk gula
  • 2 cawan air

Bahan untuk hiasan:

  • 3-5 biji pisang lemak manis (Jangan masak sangat)
  • buah ceri merah dan hijau
  • kacang gajus
  • Buah prune
  • Strawberi | jika suka
  • sedikit mentega untuk mengoreng pisang tersebut.

Cara memasaknya:

  1. Masukkan air bersama air gula dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
  2. Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia daripada susah keluar waktu menjala.
  3. Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu).
  4. Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler) dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali.
  5. Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
  6. Goreng pisang menggunakan mentega (jangan dipotong pisang tersebut).
  7. Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.

Bahan untuk kuah:

  • 3 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (guna tin susu tadi)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 11/2 senduk gula
  • 1 helai daun pandan

Cara buat kuah:

  1. Masukkan susu cair,kuning telur,gula,esen vanila dan air ke dalam bekas.
  2. Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali.
  3. Kukus bahan tadi didalam periuk yang berisi air panas menggelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul.
  4. Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat.
  5. Tutup api dan sejukkan,(masukkan dalam peti ais).

Cara untuk menghidang:

  1. Bila nak makan,letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding.
  2. Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnya.
  3. Tuang kuah yang sejuk atasnya.

13. Bahulu

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 200gm gula pasir
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar dengan pada suhu 180 C bersama dengan acuan kuih bahulu.
  2. Campurkan telur, gula dan esen vanilla dalam mixer.
  3. Putar hingga kembang, perlahan kelajuan mixer sambil masukkan tepung sedikit demi sedidkit hingga semua bahan telah diadun rata.
  4. Keluarkan acuan dari ketuhar, oleskan dengan minyak.
  5. Tuangkan adunan ¾ acuan.
  6. Bakar pada suhu 180 C dengan api atas bawang. Panggang hingga Bahulu masak dengan warna kuning keemasan.
  7. Angkat dan keluarkan dari acuan. Teruskan membakar hingga adunan habis.
  8. Enak dhidangan sebagai kudapan sampingan minum petan.
  9. Simpan dalam berkas kedap udara dan kering.

14. Putu Mayam

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 500G tepung beras
  • 750ML air
  • Secubit garam
  • 100G Gula perang
  • 100G kelapa parut (putih je)
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Masak air bersama secubit garam hingga mendidih, tutup api.
  2. Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi seidkit, gaul sebati. Jangan risau kalau jadi berketul-ketul, bila dah suam baru kita uli dengan tangan.
  3. Masukkan ke dalam bekas yang lain. Uli dengan sebati.
  4. Kemudian, kita perapkan dulu dalam 4-5 jam. Tutup dengan kain basah ye.
  5. Selepas kita perak, panaskan dulu kukusan. Tudung kukusan selepas kita perap. Tudung kukusan kita balut dengan kain supaya air tak menintik dekat putu mayam kita. Tak payah risau, guna saja lampin anak yang bersih.
  6. Kemudian masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Jangan letak banyak sangat nanti susah nak tekan. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Lapikkan secebis kain bersih di dalam pengukus. Lepas tu kita pusing-pusing bagi adunan turun. Nak besar mana tu terpulang ye.
  7. Dah habis semua kita buat, dah boleh kukus selama 5 minit.
  8. Siap. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut dan juga gula perang.
  9. Kukus kelapa bersama garam selama 10 minit. Supaya tak basi.

15. Asam Gumpal

kuih muih tradisional

Bahan-bahan untuk inti asam gumpal:

  • 100gm kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 1 liter air

Bahan sagu mata ikan:

  • 100gm biji sagu
  • 2 1/2 cawan air suam

Bahan untuk kuah:

  • 250gm santan pekat
  • 2 cm halia yang dihiris halus
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah yang dihiris

Cara memasak:

  1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
  2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
  3. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah  dan garam.
  5. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi.
  6. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

16. Pengat Ubi Kayu Bersagu

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 300gm ubi kayu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

17. Keria Ubi Keledek

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Gula – untuk salut kuih nanti

Cara memasak:

  1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk.
  2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam.
  3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat.
  4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali.
  6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

18. Tok Aji Serban/Sekaya

kuih muih tradisional

Bahan-bahan untuk bahagian bawah:

  • 2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
  • 250ml santan cair
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk bahagian atas:

  • 3 biji telur
  • 500ml santan pekat
  • 150gm gula merah
  • 150gm gula pasir

Cara memasak:

  1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
  2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
  3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
  4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.

19. Cendol

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 2/3 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • 800ml air
  • 1 mangkuk air berais

Cara memasak:

  1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.
  2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.
  3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.
  4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

20. Sagu Gula Melaka

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk sagu
  • 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
  • 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
  • Pewarna merah
  • Daun pandan
  • Air

Cara penyediaan sagu:

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
  2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
  3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
  4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.

Cara penyediaan air gula merah:

  1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.

Cara penyediaan susu:

  1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
  2. Panaskan sehingga mendidih.
  3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
  4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.

Cara untuk menghidang:

  1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
  2. Tuang gula merah dan susu.
  3. Sedia dimakan.

21. Sekaya Telur

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur gred B @ C
  • 1 keping nisang @ manisan @ 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

Cara memasak:

  1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.
  2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.
  3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.
  4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.
  5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

22. Kuih Cucur Topi

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
  3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
  4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
  5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
  6. Sedia untuk dinikmati.

23. Bubur Butir Nangka

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 250gm tepung pulut
  • 2800gm gula
  • 800ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan|disimpul
  • Secubit garam
  • 4 pewarna makanan pilihan
  • Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
  2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
  4. Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
  5. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
  6. Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.

24. Bubur Pulut Hitam

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 600ml santan
  • 250gm pulut hitam
  • 250gm gula
  • 2 helai daun pandan|disiat dan simpul
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
  2. Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  3. Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
  4. Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.

25. Lopes Ubi Kayu

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 kilo ubi kayu (dibersihkan & disagat)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • sagu ubi kayu
  • daun pisang secukupnya ( dilayur terlebih dahulu )
  • kelapa muda parut + sedikit garam
  • sirap gula merah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. setelah ubi kayu habis disagat,perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
  2. Air perahan jgn dibuang.biarkan selama 20 min di dlm mangkuk supaya sagunya mendap ke bawah.
  3. Tuang air perahan tadi perlahan2 dan ambil sagunya.
  4. kemudian campurkan ubi kayu,garam,sagu dan air.gaul hingga sebati.
  5. Ambil daun pisang yg telah dipotong selebar 21/2″.Bentukkan seperti gelongsong 3 segi dan masukkan adunan tadi.
  6. lipat daun pisang lebih kurang seperti mmbuat ketupat daun palas.setelah habis smuanya boleh lah di kukus selama 35-45 min @ sehingga masak.
  7. Sebelum mkn gaul dgn kelapa muda parut . cicah dgn sirap gula merah.
  8. Sesuai utk sarapan @ minum ptg.selamat mencuba….!

26. Rempeyek Kacang Dhal

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 200gm kacang dhal | direndam semalaman
  • 250gm tepung beras
  • 500ml santan
  • 1 biji telur
  • 100gm ikan bilis | dikisar
  • 1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
  • 1 sudu makan jintan manis | dikisar
  • 1 sudu makan jintan putih | dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara memasak:

  1.  Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
  4. Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
  5. Masukkan kembali acuan  ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.

Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.

27. Putu Kacang

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 600gm kacang hijau | dibersihkan
  • 400gm gula | dikisar halus
  • 200ml air

 Cara memasak:

  1.  Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
  2. Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
  3. Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
  4. Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
  5. Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
  6. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
  7. Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar  di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.

28. Puding Karamel

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur gred A
  • 3 sudu makan gula
  • Sedikit esen vanilla

Bahan gula hangus:

  • 250gm gula
  • 500ml air

Cara memasak:

  1. Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
  2. Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
  3. Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
  4. Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
  5. Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
  6. Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
  7. Ketepikan seketika.
  8. Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
  9. Seterusnya tuang campuran telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
  10. Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
  11. Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
  12. Boleh disejukkan dan dinikmati.

29. Keria Gula Melaka

kuih muih tradisional

Bahan-bahan untuk doh keria:

  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:

  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara-cara untuk kuih keria:

  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan ‘potato masher’ untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

Cara-cara untuk salutan gula/sira:

  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

30. Tepung Boko Ubi Kayu

kuih muih tradisional

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu (optional)
  • 2 sudu besar gula merah timbang (Untuk warna lebih cantik & gelap)
  • 1 @ 2 keping nisan / gula gerek
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 1/2 – 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan simpul

Cara memasak:

  1. Mula-mula, parut ubi kayu. Kemudian perah dan ambil lapisan ubi yang mendap tu.
  2. Campurkan semua bahan di atas KECUALI ubi kayu. Masak sampai gula cair dan mendidih.
  3. Bila dah masak, tapis dan sejukkan sebentar.
  4. Bila air gula dah sejuk bolehlah campurkan dengan ubi kayu parut tadi dan tepung ubi.
  5. Gaulkan sebati dengan dengan senduk atau guna blender pun boleh, lagi senang.
  6. Tuang adunan dalam loyang @ bekas yang sesuai dan bolehlah dikukus hingga masak.

Bahan untuk lapisan santan:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam / secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (optional)

Cara penyediaannya:

  1. Mula-mula, satukan semua bahan
  2. Dan masak atas api sehingga agak pekat sedikit dan berkilat.
  3. Bila dah pekat, boleh terus tuang dalam bekas berisi ubi yang dah dikukus tadi. Kalau nak makan leleh-leleh, boleh tuang masa nak makan nanti.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 96 times!)