Ikan siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Macam-macam yang kita boleh masak dengan ikan siakap ni dan pasti ramai yang mengemari ikan siakap ini. Pasti ramai yang tercari-cari resepi-resepi masak ikan siakap. Jadi disini DAILYMAKAN nak kongsikan 30 resepi masak ikan siakap.

1. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

Bahan Ikan :

  • 1 ekor ikan siakap | Saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam dan lada sulah

Bahan Sos :

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3 cm
  • 1/2 biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak :

  1. Bersihkan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan  sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

 

2. SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | cincang kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 15 biji cili padi hijau | cincang halus
  • 2 biji limau nipis | perah
  • 2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak :

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  5. Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
  7. Ikan kukus sedia dihidangkan.

 

3. IKAN SIAKAP KUKUS SOS LIMAU NIPIS NYONYA VALLEY

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 ulas bawang putih | hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
  • Sedikit daun ketumbar | hiris
  • Beberapa bji cili padi | hiris
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Sos :

  • 4 sudu makan jus limau nipis
  • 5 sudu makan stok ayam
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit lada sulah

Cara Memasak :

  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Keluar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
  2. Masukkan dalam pinggang, taburkan dengan hirisan bawang putih dan halia.
  3. Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
  4. Sementara itu, panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak masak.
  5. Tuang minyak masak panas ke atas ikan kukus tadi.
  6. Kemudian tutup pengukus semula.
  7. Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
  8. Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang, ketumbar dan cili.
  9. Ikan sedia dihidangkan.

4. SIAKAP ASAM SOS NYONYA VALLEY

Sumber : Rasa

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 20 tangkai cili kering | rebus untuk lembutkannya
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 2.5cm belacan
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis
  • Air asam jawa secukupnya
  • 5 batang kacang bendi
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak :

  1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, kunyit hidup, lengkuas dan belacan.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Bunga kantan dan kiub pati ikan bilis, diikuti sediki air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan, kemudian biarkan mendidih baru masukkan kacang bendi dan tomato.
  6. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.

 

 5. IKAN SOS SOYA SUPERIOR

Sumber : Rasa

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 4cm halia muda | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 tangkai daun bawang  | potong 3cm
  • Sedikit daun ketumbar | kisar
  • Sedikit cili padi | hiris
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan kicap cair
  • 5 sudu makan stok ayam
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit lada sulah

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan, kemudian kelar dan lumurkan lada sulah berserta garam di bahagian luar dan dalam ikan.
  2. Letakkan halia dan bawang putih yang dikisar.
  3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama lapan
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian tuangkan minyak panas ke atas ikan tadi diikuti cili hiris, kicap caiar, stok ayam, minyak bikan dan lada sulah.
  5. Tutup semula pengukus dan kukus semula.
  6. Setelah ikan masak tuangkan masukkan hirisan daun bawang.
  7. Ikan sedia dihidangkan panas.

 

6. ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Sumber: Issactan.net

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap | dipotong
  • 1 sudu teh halba
  • 2 batang serai | titik
  • 3-4 pokok daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Air asam secukupnya
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan Kisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 -2 cm belacan
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2-3 sudu cili kisar | ikut nak pedas mana dan jenis cili

Aksesori Tambahan :

  • 1 biji tomato
  • Sayur kacang bendi

Cara Memasak :

  1.  Ikan dipotong ikut citarasa sesuai dengan saiznya
  2. Panaskan minyak dan tumis halba sebentar.
  3. Masukkan bahan kisar serta serai sehingga pecah minyak dan agak garing. Gunakan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar.
  4. Masukkan gula sedikit (jgn sampai manis), daun kesum dan bunga kantan.
  5. Masukkan ikan dan balik balikkan. Tuang air asam jawa. Tambah air jika perlu. Asam jawa adakala terlalu masam dan ada yg kurang, jadi kena adjust.
  6. Masukkan tomato dan bendi.
  7. Perasakan dengan garam dan seimbangkan dengan rasa asam dan gula.
  8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

 

7. IKAN SIAKAP MASAK STIM

Bahan- Bahan :

  • 1 ekor ikan Siakap | kelar
  • Daun ketumbar |tabur
  • 1 biji imau nipis | hiris hiasan

Bahan Kuah :

  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 3 helai daun limau purut | carik
  • 2-3 tangkai cili padi | hiris
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • 1-2 batang serai | potong serong
  • 1 inci halia | hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak :

  1. Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai | Sumbatkan ke dalam perut ikan
  2. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
  3. Tuang bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi.
  4. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis.

 

8. IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

Sumber : Rasa

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2.5cm halia
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3 batang serai | ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah | ditumbuk
  • ½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis diperah air
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram.
  2. Perap kira-kira 15 minit.
  3. Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan.
  4. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
  5. Stim / kukus ikan siakap 20 minit.
  6. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.

 

9. IKAN SIAKAP KUKUS SHITAKE

Sumber : Cookpad

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap |saiz sederhana
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar lada putih
  • 2 inci halia | dipotong panjang
  • 2 sudu minyak masak
  • 3 ulas bawang putih | dipotong nipis
  • 3 biji cendawan shitake | dipotong panjang
  • 1 tangkai daun bawang | dipotong panjang
  • 2 biji cili padi | dipotong panjang

Bahan Sos :

  • 4 sudu kicap Lemak manis | jika guna kicap cair pun boleh
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh lada sulah

Cara Memasak :

  1. Ikan siakap disiang, dikelar dan dicuci bersih.
  2. Gaul dengan garam dan lada sulah hingga sekata di luar dalam permukaan ikan.
  3. Tabur bawang putih, halia dan cendawan shitake.
  4. Masukkan ikan ke dalam pengukus.
  5. Minyak masak dipanaskan ke dalam kuali dan kemudian dituangkan atas permukaan ikan siakap.
  6. Kukus selama 10minit
  7. Tuangkan bahan sos (kicap, sos tiram, minyak bijan dan lada sulah) ke atas permukaan ikan.
  8. Kukus lagi dalam 10minit.
  9. Taburkan daun bawang dan cili potong.
  10. Kukus lagi dalam 5minit. Tutup api dan sejukkan seketika.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

 

10. IKAN SIAKAP KENGSOM

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap | boleh gantikan dengan ikan kerapu
  • 2 biji cili merah | buang biji (*)
  • 15 biji cili api (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 biji bawang besar (*)
  • 2 biji bawang merah (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

Cara Memasak :

  1. kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga hirisan nanas.
  2. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
  4. Seterusnya masukkan ikan. Biar hingga masak.
  5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis.
  6. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

 

11. IKAN SIAKAP STIM LIMAU GAM SOI

Bahan-Bahan :

  • 8 Biji Bawang Putih | Dicincang
  • 8 Cili Padi | Dihiris
  • Kiub Ayam | 1 Ketul
  • Air Perahan Limau Nipis | 4 Biji
  • Daun Ketumbar | Dihiris
  • Garam & gula Secukup Rasa
  • Setengah Cawan Air

Cara Memasak:

  1. Mula Mula Masak Ikan Dalam Kuali Atau Pengkukus dengan Sedikit Air selama 15 Minit
  2. Satukan bahan-bahan tadi kecuali DAUN KETUMBAR
  3. Tutup ikan tadi dan masak selama 10 minit.
  4. Bila ikan sudah masak tutup api dan taburkan daun ketumbar.
  5. Siap untuk dihidangkan.

 

12. IKAN SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap | lumur garam kunyit
  • 1/2 biji bawang besar | mayang
  • 4 ulas bawang putih | ketul
  • 1-2 inci halia | hiris halus panjang
  • Sedikit cili kisar
  • 1 biji tomato buah | hiris bulat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • Sedikit sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Air tepung jagung

Hiasan :

  • 8 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • Daun bawang
  • Daun sadri

Cara Memasak :

  1. Lumur ikan dengan garam, kunyit dan digoreng.
  2. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  6. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air.
  7. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  8. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.
  9. Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.

 

13. KARI IKAN SIAKAP

Bahan- Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana | dipotong dan bersihkan
  • 2 peket kecil rempah kari ikan + 1 sudu besar serbuk cili | saya guna BABA’S
  • 1/2 sudu besar asam jawa diramas dengan 2 mangkuk air | ambil jusnya
  • 3 pelepah daun kari
  • 2 biji cili hijau | dipotong 1 inci
  • 2 sudu teh halba campur
  • 10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato | dibelah 4
  • 1 cawan santan

Bahan Tumbuk :

  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara Memasak :

  1. Masukkan serbuk rempah kari bersama 1 sudu besar serbuk cili kedalam mangkuk kecil.
  2. Larutkan dengan sedikit air | pes agak pekat jangan terlampau cair
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
  4. Guna minyak yang agak banyak untuk menumis dan untuk kesihatan sebaiknya gunalah minyak jagung.
  5. Masukkan pula pes rempah kari, daun kari dan cili hijau.
  6. Perlahankan api dapur dan renih hingga rempah pecah minyak dan benar-benar masak.
  7. Seteruskan masukkan air asam jawa dan santan, masak hingga mendidih.
  8. Masukkan ikan, garam dan sedikit serbuk perasa(jika suka).
  9. Biarkan mendidih. Setelah itu masukkan pula kacang bendi dan tomato dan masak lagi hingga kacang bendi empuk.
  10. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi putih ataupun enak juga digandingkan bersama roti.

14. SIAKAP STIM TOMYAM

Bahan – Bahan :

  • Siakap
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • Pes Tomyam
  • Air asam
  • Daun limau purut
  • Buah tomato
  • Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
  • Daun ketumbar

Cara Memasak :

  1. Lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
  3. Masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
  4. Masukkan sedikit air asam jawa
  5. Tuang ke dalam kukusan ikan
  6. Taburkan sayur2an
  7. Kukus sehingga ikan masak
  8. Taburkan daun ketumbar

 

15. SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS ALA THAI

 

Bahan – Bahan :

  • Ikan siakap goreng
  • Ibu sambal
  • Kicap
  • 3 biji bawang merah
  • 7 cloves garlic
  • 7 bijicabai melaka | chopped halus guna Tefal manual chopper
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Meggi cukup rasa
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar

Cara Memasak :

  1. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.
  2. Lepas goreng ikan siakap as usual, keluarkan minyak goreng yang banyak tu and tinggalkan sikit habuan nak menumiskan.
  3. Then tumiskan bawang merah, garlic dan cabai melaka yang da dichopped tadi. Sikit ja ya. Jangan guna semua.
  4. Then masukkan ibu sambal. Kacau- kacau and masukkan kicap and cuka. Lepas tu, masukkan air skit.
  5. Lepas tu masukkan lebihan menda-menda alah yang da di chopped tadi.
  6. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula.
  7. Masukkan siakap yang da digoreng tadi and gaul-gaul bagi masuk and serasi sikit kuah dengan ikan.
  8. Last sekali sebelum tutup api, masukkan daun bawang.
  9. Hidangkan ikan and then tabur daun ketumbar.

 

16. IKAN SIAKAP MASAK SINGGANG

Bahan – Bahan :

  •  Ekor ikan siakap siap disiang
  • 1 labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 batang sera
  • Halia dan kunyit | lebih kurang 1 inci
  • 6 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (saiz sederhana)
  • Kacang bendi
  • 2 keping asam keping

Cara Memasak :

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit sehingga lumat, serai dititik.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk. Kurangkan penggunaan minyak.
  3. Masukkan serai, bila bau dah naik masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan asam keping dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Kemudian boleh la masukkan ikan siakap tadi
  7. Tunggu sampai mendidih, jangan kacau selalu nanti ikan hancur.
  8. Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato atau apa-apa yang sesuai.
  9. Siap dihidangkan.

 

17. IKAN SIAKAP SAMBAL HIJAU

Sumber : Yatiememories

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar | potong bulat
  • 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Kisar :

  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • Sedikit belacan

Cara Memasak :

  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak.
  3. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  5. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat.
  6. Hidangkan panas.

 

18. SIAKAP MASAK LEMAK CILI API

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor siakap yang telah siap disiang (potong 4) dicuci dengan air asam jawa dan lemon untuk hilangkan hanyir.
  • 1cm kunyit hidup, 5 biji cili api, sebiji bawang besar-semua bahan ditumbuk, tak boleh kisar dengan blend sebab nanti berair, tak jadi
  • 2cm halia, dihiris halus
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur, gula dan garam secukup rasa.

Cara Memasak :

  • Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masukkan santan, asam keping dan halia. Masak dengan api perlahan dan perlu sentiasa dikacau.
  • Bila sudah mendidih, masukkan ikan. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak sehingga ikan betul2 masak. Tutup api dan siap untuk di hidang.

 

19. IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM

Bahan- Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap |dibersihkan
  • 1 helai daun kunyit | diracik/dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut | diracik halus

Bahan Kisar :

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara Memasak :

    1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
    2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
    3. Tutupkan api.
    4. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil.
    5. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.
    6. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
    7. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
    8. Setelah masak, hidangkan.
    9. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka.

 

20. IKAN SIAKAP GULAI

Sumber : Suhaidakabdy.com

Bahan- Bahan :

  • 3 Ketul ikan siakap
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 4 biji bawang putih |dihiris halus
  • 1 inci halia | dihiris halus
  • 2 biji tomato | dipotong empat
  • 1 bungkus kacang bendi
  • 1 peket rempah kari Cap Orang Tua
  • 1 kotak santan Kara
  • 1/2 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Rempah :

  • 1/2 biji bawang | dikisar
  • 4 biji bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar

Cara Memasak :

  1. Tumis bahan yang dihiris nipis tadi sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah tadi biarkan sehingga rempah cukup masak
  3. Masukkan pula asam keping dan kacau sebati
  4. Kemudian masukkan santan dan masak sehingga mendidih
  5. Masukkan ikan tadi, biarkan sehingga ikan masak
  6. Kacau, kemudian masukkan kiub ayam dan sedikit garam
  7. Kacau lagi, kemudian tutup api
  8. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi yang telah direbus dahulu
  9. Sedia untuk dihidangkan

 

21. IKAN SIAKAP MASAK ASAM

Sumber : Azie Kitchen

Bahan- Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap laut
  • 1/2 biji nenas
  • 8 batang kacang bendi
  • 1-2 asam keping
  • 1 batang serai | ketuk
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar :

  • 2 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Memasak :

  1. Masukkan bahan kisar dengan air secukupnya.
  2. Masak sehingga ianya mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan, serai, asam keping, nenas dan kacang bendi.
  4. Perlahankan api supaya ianya masak dan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan secubit gula.
  6. Boleh ditutup api dan sedia untuk dinikmati.

 

22. IKAN SIAKAP BUTTER GARLIC

Sumber : KhairulHakimi.com

Bahan- Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap, dipotong terus ke 4-5 bahagian.
  • 5 sudu besar butter.
  • 10 ulas bawang putih.
  • 1/2 inci halia.
  • 1 ulas bawang besar | Holland lagi sedap
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 tangkai cili kering
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam.

Cara Masakan :

  1. Basuh bersih ikan, kemudian lumur sikit dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng macam biasa.
  2. Dah siap goreng, ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, letak 3 sudu besar butter
  4. Biarkan dia mencair dengan baik. Api kecil sahaja.
  5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang.
  6. Masukkan bawang besar.
  7. Apabila dah nampak keperang-perangan.
  8. Masukkan susu segar dan perahan lemon, kacau rata.
  9. Apabila dah semakin perang, tutup api. Dan kisar semuanya sampai halus.
  10. Dalam kuali yang sama, masukkan lagi 2 sudu butter.
  11. Terus tumis bahan kisar tadi.
  12. Masukkan daun kari dan tangkainya sekali.
  13. Masukkan cili kering yang digunting.
  14. Kacau rata. Masukkan garam dan gula.
  15. Dah sudah semuanya sebati, masukkan ikan. Kacau lagi.

 

23. IKAN SIAKAP TUMIS SANTAN BERSAMA PETAI

Bahan – Bahan :

  • Ikan Siakap
  • Bawang Merah
  • Bawah Putih
  • Halia
  • Serai | di ketuk
  • Santan
  • Petai
  • Gula
  • Garam

Cara Memasak :

  1. Goreng Ikan agak-agak masak tak terlalu garing kemudia ketepikan.
  2.  Tumis serai dan bahan-bahan yang telah ricik-ricik |potong nipis bahan-bahan bertanda .
  3. Kemudian masukan santan bersama ikan, petai, secubit gula dan garam |rasa ikut piawai tekak korang tau.
  4. Tak perlu tunggu lama dah mendidih boleh tutup api supaya petai tu masih ranggup.
  5. Santan tu korang boleh agak-agak nak letak banyak mana ikut bilangan isi rumah.

 

24. IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

Bahan- Bahan :

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji telur1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan serbuk perasa
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1/2 sudu makan lada sulah
Bahan B :
  • 1 cawan tepung jagung
Bahan C :
  • 1/2 cawan sos plum
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan air limau nipis
  • Gula dan perasa secukup rasa
Bahan D :
  • 1 biji mangga muda
  • 1 biji cili merah
  • 500 gm lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 500 gm daun ketumbar

Cara Memasak :

  1. Gaulkan ikan dengan bahan A hingga sebati.
  2. Kemudian lumur dengan bahan B hingga rata.
  3. Selepas itu goreng ikan hingga masak.
  4. Satukan bahan C dan D dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan ikan yang digoreng dalam pinggan dan taburkan bahan C dan D yang digaul atas ikan.
  6. Sedia dihidangkan.

 

25. IKAN SIAKAP MASAK ASAM TEMPOYAK

Bahan – Bahan :

  • 10 biji cili api
  • 2 inci kunyit
  • ikan siakap
  • 4 sudu tempoyak
  • daun kesum
  • 3 asam keping
  • 2 cawan air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Blender cili api, kunyit, tempoyak dan sedikit air sehingga hancur.
  2. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam periuk. Masukkan 1 cawan air.
  3. Biarkan kuah sedikit masak kemudian masukkan ikan dan asam keping.
  4. Masukkan daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

26. IKAN SIAKAP STIM HALIA

Bahan – Bahan :

  • 1 Ekor ikan siakap | sapu dgn sos ikan,sos cili thai
  • 1kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan air | agak2 je
  • 1-2 asam keping
  • Daun ketumbar | ambil akar nye sekali
  • Bawang holland | hiris besar
  • 3btg serai | ketuk
  • 2-3helai daun limau purut | buang urat tghnya, sbb takut kuah jadi pahit
  • Lemon @ lime | hiris bulat4ulas bawang putih (ketuk @ hiris)
  • Lobak merah | hiris halus
  • Halia | hiris lebih lah sikit ye
  • Tomato | belah 4
  • Cili padi | potong halus
  • Sos ikan dan sos thai |ni utk ltk pd ikan

Cara Masakan :

  1. Cara dia sangat mudah, panaskan air kukusan sampai mendidih.
  2. Letak ikan dalam loyang.
  3. Masukkan semua bahan diatas ke dlm loyang tu bersama ikan, kecuali lemon, daun ketumbar |bahagi dua, satu masuk dlm loyang, satu lg ltk setelah ianya dh siap
  4. Kukus sampai ikan masak.
  5. Dan boleh lah angkat,taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan cili
  6. Siap untuk dihidangkan.

27. IKAN SIAKAP MIANG PLA PAO

Bahan – Bahan :

  • 5 biji cili padi hijau | lebihkan jika nak pedas
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 batang akar ketumbar
  • 2 senduk sos ikan/ sos nampla/kicap sotong
  • 1 senduk nisan kabung/gula kabung/gula
  • Air secukupnya | agak-agak sahaja
  • 3 sudu makan jus perahan limau nipis
  • Daun ketumbar | hiris

Bahan Sampingan :

  • Ikan siakap/tilapia atau apa-apa ikan yang sesuai
  • Laksa siam/bihun/suhun | dicelur
  • Salad, timun, pudina dan daun selasih

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa sos. Jika nak lumur sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga dibakar.
  2. Angakt ikan dan toskan minyaknya.
  3. Untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Boleh juga dikisar.
  4. Letak semua bahan dalam bekas ( kecuali daun ketumbar) termasuk bahan tumbuk tadi. Masukkan air akhir sekali supaya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
  5. Rasa sos. Jika tawar, tambah sedikit garam. Pastikan sos ini mempunyai rasa pedas dan manis.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya. Kacau rata.
  7. Untuk menikmati Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun, pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan uncang dan nikmati bersama sos yang dibuat tadi.

28. IKAN SIAKAP BAKAR PORTUGIS

Sumber : linapg.blogspot.com

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras | kisar
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • sedikit lengkuas – kisar
  • 3 daun limau purut – hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih | cara2 kat bawah
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil | boleh alas dengan daun lengkuas

Cara Buat Minyak Bawang Putih

  • 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya
  • Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.

Cara Memasak :

  1. Ikan dibersihkan, kemudian kelar2 sedikit
  2. Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
  3. Letak ikan atas foil, (alaskan dengan daun lengkuas/daun pisang) gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
  4. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau purut
  5. Tutup foil dan bakar hingga masak.

 

29. IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL PETAI

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor siakap
  • 2 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 btg serai
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit asam keping/ asam jawa | buang biji
  • Sedikit belacan
  • Sedikit halia
  • 5 Cili kering | boleh juga guna cili boh
  • 2 sudu minyak masak
  • Bahan perasa
  • Daun pisang
Bahan Kisar :
  • bawang merah
  • bawang putih
  • kunyit hidup
  • serai
  • lengkuas
  • asam keping/ asam jawa..(buang biji)
  • sedikit belacan
  • halia
  • Cili kering

Cara Memasak :

  • Masukkan minyak 1 sudu
  • Tumis bahan yang telah diblend
  • Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Layur daun pisang
  • Letak ikan siakap atas daun pisang
  • Letak sambal sos diatas ikan,
  • Letak petai atas ikan.
  • Bungkus sempurna ikan dengan daun pisang
  • Masak atas kuali leper.

 

30. IKAN SIAKAP MASAK ASAM PEDAS CLAYPOT

Bahan – Bahan :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 2 inci halia | tumbuk halus
  • 1 inci lengkuas | tumbuk halus
  • 1 batang serai | pecahkan
  • Sedikit Minyak Masak
  • Garam
  • Perasa
  • Serbuk kunyit
  • Kacang Bendi | ikut suka
  • 1 biji Tomato | belah 4
  • 1 sudu besar Asam Jawa
Bahan Kisar (Kisar sampai hancur)
  • Segenggam Cili Kering | di buang biji dan rebus sebentar bagi air mendidih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • Sedikit Air
  • Sedikit Minyak

Cara Memasak :

  1. Panas kan 2 senduk minyak masak, masukkan daun kari, halia, lengkuas dan serai
  2. Bila dah naik bau masukkan pes cili tadi tu, ikut suka laaa nak pekat letak banyak, nak cair letak sikit
  3. Masak sampai pecah minyak, maksudnya tumis sampai minyak naik atas pes cili tu
  4. Masukkan serbuk kunyit, perasa dan garam
  5. Masukkan air sedikit, tumis lagi bagi cantik warna asam pedas tu
  6. Masukkan kacang bendi dulu bagi lembut, baru masukkan ikan, tomato dan asam jawa
  7. Tambah air agak-agaklah letak atas ikan tu lebihkan sikit je
  8. Masak sampai ikan tu masak, dan rasalah masam, masinnya heeee
Tip untuk masak dalam claypot
  1. Masak kuah dulu, masukkan kacang bendi.
  2. Letak kuah dalam claypot dan panaskan.
  3. Bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan.
  4. Masukkan tomato, daun kesom, bunga kantan.
  5. Tunggu sampai masak dan hidangkan.

 

SELAMAT MENCUBA YA !

3/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 11,225 times!)