Siapa yang tidak kenal dengan buah asal dari timur tengah ini iaitu buah kurma yang selalu popular pada bulan suci Ramadhan? Kebanyakan rakyat Malaysia pastinya akrab dengan buah ini yang mempunyai rasa manis dan teksturnya yang lembut.

Tapi tidak ramai yang tahu sepenuhnya tentang manfaat buah kurma untuk kesihatan badan.

ANTARA KHASIAT BUAH KURMA

  1. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Kurma boleh mencegah masalah penyakit jantung. Dengan cara merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu mengutkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potassium, iaitu dapat membantu mengurangkan risiko serangan stroke.

  1. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kurma mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan ia menjadikannya sumber yang baik untuk menguatkan tulang. Masalah penyakit osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, buah kurma ini juga mempunyai magnesium yang tinggi dan dapat membantu pertumbuhan tulang.

  1. Menguatkan Memori

Selain kismis, kurma juga sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan. Tetapi tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak diperingkat sekolah, kurma adalah snek yang paling terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan daya ingatan mereka.

  1. Mengatasi Alahan

Salah satu kandungan kurma yang menarik ialah ianya mengandungi sulfur organic. Sesungguhnya ini bukan unsur yang mudah dijumpai dalam makanan. Tetapi ianya mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk mengurangkan reaksi alergi dan alahan bermusim.

  1. Baik Untuk Ibu Mengandung Dan Berpantang

Pernahkan anda dengar kisah Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin selain itu akan mengurangkan masalah pendarahan. Seterusnya, kurma ini juga akan memberi khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

  1. Boleh Merawat Masalah Usus

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya dapat membantu menyelesaikan pelbagai jenis masalah usus. Dengan mengamalkan kurma secara konsisten, ianya dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

  1. Baik Untuk Mata Dan Kulit

Kurma juga mengandungi vitamin A. Vitamin A mempunyai sifat antioksidan dan bagus untuk mata. Disamping itu, ia juga diperlukan untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang kekal sihat.

Semoga bermanfaat 🙂

(This post has been visited 261 times!)