Mungkin kita tertanya-tanya. Mungkin beribu soalan yang keluar dibenak fikiran kita. Selamatkah untuk memakan bahan basah serta sayuran yang dibeli di pasar ketika musim COVID-19 ini? Tiada risiko kah?

Persoalan ini telah dijawab dalam siaran langsung Kementerian Kesihatan oleh doktor Pakar Perubatan Keluarga, Dr Norizan Hanim Abdul Samad dan Dr Nurafiza Mohd Arif. Mereka menjawab .

“Pasaraya mempunyai kawalan kualiti dan menjaga tahap kebersihan tersendiri. Walaubagaimanapun kita tekankan, membasuh tangan adalah penting. “

“Apabila kita pergi membeli,kita basuh tangan. Balik rumah, kita basuh tangan (dengan sabun) dan baru kita proses apa-apa makanan di rumah.” kata Dr Nor Izran Hanim.

Tambah Dr Nurafiza Mohd Arif pula, virus dan kuman biasanya akan mati dalam suhu tinggi ketika memasak.

“Lagipun kita menyarankan makan makanan yang dimasak. Apa-apa virus sekalipun dalam suhu tinggi mendidih, biasanya virus akan mati. Bagi saya tiada masalah jika kita masak makanan itu sebelum dimakan, virus apa pun akan mati.” kata beliau.

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, March 22, 2020

Sumber rujukan : Siakap keli

(This post has been visited 281 times!)