Post kali ini kami nak kongsikan resepi agar-agar santan pandan. Mesti ramai peminat tegar agar-agar kan? Kalini kita cuba pulak resepi yang sedap ni. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Agar-agar Santan Pandan yang sedap ni.

Bahan-bahan untuk Lapisan pandan:

  • 8 helai daun pandan
  • 800ml air
  • 96g gula
  • 2 1/4 sudu kecil serbuk agar-agar(putih)

Bahan-bahan untuk Lapisan santan:

  • 400ml santan kotak
  • 400ml air
  • 2 1/4 sudu kecil serbuk agar-agar(putih)
  • 96g gula

Saiz acuan: 7 x 7 inci

Cara menyediakan Lapisan pandan:

  • Masukkan daun pandan dan air ke dalam blender
  • Kisar sehingga halus
  • Kemudian tapis sisa-sisa daun pandan ke dalam mangkuk
  • Masukkan serbuk agar-agar(putih) dan kacau sehingga sebati
  • Masak larutan agar-agar pandan, air, gula ke dalam kuali
  • Masak sehingga mendidih menggunakan api sederhana
  • Setelah mendidih, kecilkan api dan reneh selama 2 minit
  • Akhir sekali, kecilkan api yang paling kecil dan biarkan larutan agar-agar sentiasa memanas semasa proses melapis

Cara menyediakan Lapisan santan:

  • Masukkan santan kotak, air, gula dan serbuk agar-agar(putih) ke dalam kuali
  • Kemudian kacau sehingga sebati
  • Buka api sederhana dan masak sehingga mendidih
  • Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah
  • Setelah mendidih, kecilkan api dan reneh selama 2 minit
  • Akhir sekali, kecilkan api yang paling kecil dan biarkan larutan agar-agar sentiasa memanas semasa proses melapis

Cara menyediakan Agar-agar santan pandan:

  • Mula melapis bahagian santan dahulu dengan memasukkan ke dalam bekas
  • Biarkan agar-agar set(menjadi solid) di suhu bilik selama 8-9 minit sahaja
  • Setelah lapisan santan set, senduk pula lapisan pandan secara perlahan-lahan
  • Tuang agar-agar melalui bahagian tepi loyang sahaja kerana bahagian tepi agar-agar lebih keras daripada bahagian tengah
  • Biarkan agar-agar set(menjadi solid) di suhu bilik selama 8-9 minit sahaja
  • Ulang langkap yang sama sehingga cukup 6 lapisan
  • Sejukkan agar-agar di dalam peti sebelum dimakan

TIPS PENTIG :

  1. Agar-agar perlu dipanaskan sentiasa sepanjang proses membuat agar-agar supaya ia tidak keras/set sebelum sempat dilapis
  2. Pastikan agar-agar dipanaskan menggunakan api yang sangat kecil
  3. Untuk setiap lapisan, biarkan ia set di SUHU BILIK selama 8 – 9 minit sahaja untuk setiap lapisan. Jangan biarkan terlalu lama kerana nanti agar-agar tidak akan melekat antara satu sama lain

Siap! Selamat mencuba

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 22 times!)