Kepada semua penggemar Mochi! Wall’s dah keluarkan dua perisa ais krim Mochi yang sangat unik, Mochi Durian Matcha dan Mochi Strawberi Keju.

Nah ! Yang ni Mochi Durian. Best dan unik dah. Tapi ada lagi yang lagi unik iaitu Ais krim Mochi Durian Macha dan Strawberi Keju.

 

Ais Krim Mochi Durian Matcha dan Strawberi Keju yang Unik

Rasa Ais Krim Mochi Durian dan Strawberi Keju ni memang unik sangat rasa dia. Rasa unik dia lebih dari apa yang kita fikir.

Kalau korang dah cuba Durian Mochi ni korang akan tahu memang rasa dia betul-betul sedap. Rasa dia macam makan durian yang betul lepastu makan sekali pula dengan Mochi yang kenyal dan lembut tu memang nikmat sangat rasa dia, lebih-lebih lagi kepada penggemar tegar durian. Sekarang ni dekat 7 Eleven atau pasaraya cepat je habis. Tengokla betapa larisnya ais krim Mochi ni.

Kalau korang dah rasa yang Durian Mochi, korang wajib rasa yang Strawberi Keju dan Durian Matcha pula. Perisa Durian Matcha ni memang terbaik lah sebab rasa durian dan matcha dia betul-betul asli. Kalau Mochi Strawberi Keju pula rasa keju dia tu lemak sangat, memang sedap. Tak terkata Min.

Ais krim Mochi ni ada 4 keping dalam satu kotak. Harga sekotak tu tak mahal pun, RM10 jerrr dan boleh didapati di hyperkat atau minimarket. Jom pergi beli sekarang sebelum kehabisan stok !

 

Sumber rujukan : KL Foodie

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 747 times!)