Sibuk bekerja hingga tidak sempat memasak makanan kegeraman seperti rendang ayam dan daging? Itulah realiti yang dihadapi oleh wanita yang berkerjaya. Masalah ini timbul kerana kekangan masa kerja yang banyak menyebabkan tidak sempat untuk memasak malah bersama anak-anak juga tidak banyak yang boleh diluangkan. Disamping merindui masakan kampung yang amat sukar mencari bahan-bahan untuk dimasak.

Mampu mempercepatkan proses masakan untuk kaum ibu yang berkerjaya. Produk dari anak tempatan ini sedikit sebanyak boleh menjimatkan masa kaum hawa untuk memasak. Harga untuk MakMah perencah rendang ayam dan daging ini cuma RM3.60 sahaja. Kalau anda peminat setia masakan kampung, anda wajb mencuba perencah yang dikeluarkan oleh MakMah ini. Sudah pastinya dapat mengimbau kembali masakan ibu anda saat berada di kampung.

MakMah perencah rendang ayam dan daging yang pastinya akan memberikan anda rasa keaslian citarasa masakan kampung. Keunikan MakMah perencah rendang ayam dan daging ini terletak pada setiap rempah ratus dan bahan-bahan yang terpilih dan diteliti kesegarannya agar kualiti yang dipersembahkan adalah yang terbaik menjadikan rasanya unik dan menyelerakan.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam perencah rendang ayam dan daging keluaran MakMah ini adalah, Bawang merah, Serai, Cili, Lada Hitam, Lengkuas, Kerisik, Minyak Sawit, Garam, Garam Bukit(Halagel), dan perasa yang dibenarkan. Mungkin ada di antara anda yang belum pernah mencuba untuk menggunakan perencah keluaran MakMah ini akan tertanya-tanya tentang bahan-bahan yang digunakan adakah baik untuk kesihatan ataupun tidak kan? Mari kami kongsikan sedikit khasiat yang terkandungan di dalam setiap bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan perencah redang ayam dan daging MakMah ini.

Antara Khasiat Yang Terkandung Di Dalam Bahan-Bahan Perencah Rendang Ayam dan Daging MakMah

1. Bawang Merah

  • Bawang merah mengandungi antiseptik, antibiotik, sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium. Yang paling menyeronokkan adalah, pengambilan bawang merah setiap hari dapat mengawal kadar kandungan kolestrol dalam badan kita.

2. Serai

  • Serai bukan sahaja digunakan sebagai pelengkap rasa bagi setiap masakan tradisional tetapi serai juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
  • Serai mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik untuk tubuh badan seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.
  • Serai juga mengandungi antioksidan yang mana dapat mengawal kolestrol dalam badan dan juga dapat meningkatkan kesihatan kita.

3. Lada Hitam

  • Percaya atau tidak lada hitam kecil molek ini juga mempunyai banyak khasiat tau. Lada hitam mempunyai banyak vitamin seperti Vitamin C, Vitamin A, flavonoid, karoten dan anti oksidan yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas yang berbahaya dan dapat megurangkan risiko daripada menghidap kanser dan penyakit.
  • Lada hitam juga dapat membantu sikit sebanyak kita dalam proses menurunkan berat badan kerana lada hitam dapat membantu proses penyerapan nutrisi makanan dalam badan lebih berkesan dan dapat memecahkan lemak-lemak degil dalam badan kita.

4. Garam Bukit

  • Sedar tak sedar, pada masa kini, permintaan terhadap garam bukit semakin meningkat kerana mengandungi khasiat yang lebih baik untuk kesihatan berbanding dengan garam biasa yang kita gunakan.
  • Garam bukit dapat membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita, mengurangkan ketegangan dan stress, dapat menyeimbangkan kandungan asid dan alkali dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisma yang dapat membantu kita menurunkan berat badan.

Selain bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan perencah keluaran MakMah ini dijaga kesegarannya, ia juga menggunakan bahan-bahan yang mana dapat memberikan khasiat kepada tubuh badan kita dalam setiap suapan kita.

Selain perencah rendang ayam dan daging, MakMah turut mengeluarkan beberapa perencah lain seperti Pes Asam Pedas, Perencah Kerutuk dan Daging, Pes Masak Merah Berempah, Perencah Aneka Sup dan Perencah Mee Kari. Saiz bagi setiap paket adalah 150 gram yang mana cukup untuk satu hidangan seramai 4 hingga 6 orang makan. Banyak tu kan.

Perencah keluaran MakMah ini juga menggunakan paket yang mudah di bawa ke mana sahaja anda pergi tidak kira nak balik kampung atau nak bercuti. Mana tahu kan makanan kat tempat-tempat percutian takut tak kena dengan selera tekak kita, bolehlah kita bawakan perencah ini. Tak perlu dah nak bawa banyak-banyak barang untuk masak. Betul ke tak kakak-kakak mak-mak semua?

Perencah yang dikeluarkan oleh MakMah juga mendapat kelulusan dari pihak JAKIM Malaysia yang mana sememangnya kebersihan dan perencah ini halal. Jadi tak perlu nak risau dah perencah ini ada mengandungi bahan-bahan terlarang dan halal ke untuk makan. Bukan apa kan, sekarang ni banyak sangat kita dengar bahan masakan segera ni banyak yang dicampur dengan bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan.

Senang Ke Nak Masak Menggunakan Perencah MakMah Ni?

Biasa kalau nak masak, kawan-kawan nak datang rumah, jiran-jiran, suadara mara, pagi-pagi lagi dah nak kena pergi pasar beli itu ini untuk masak. Kena pulak yang suka buat surprise lagi terkejar-kejar kita dibuatnya nak kena beli itu ini untuk hidangkan kepada mereka kan? Last-last beli makanan yang sudah siap. Nak beli sikit, tak cukup, nak beli banyak, mahal lah pulak kan. Betul tak korang semua?

Bahkan time raya, nak masak itu, nak buat ini tak sempat sebab banyak sangat barang-barang nak kena guna. Nak kupas bawang, nak kena potong serai, nak kena kisar lagi, tambah lagi nak pergi pasar orang berpusu-pusu nak beli itu. Naik pening kepala duk beratur.

Sebab itu lah anda kena gunakan perencah keluaran MakMah ni, tak perlu dah nak keluar pagi-pagi ke pasar, terkejar-kejar nak masak sebab semua dan tersedia dalam perencah MakMah ni, tinggal nak masak je. Ada yang tertanya-tanya resepi yang menggunakan perencah rendang ayam dan daging keluaran MakMah. Ye lah, lain orang lain resepi kan. Ikuti resepi yang MakMah sediakan untuk membantu anda mdalam menyediakan rendang daging ini.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan 150ml air (1 cawan).
  2. Masukkan 1 paket perencah rendang ayam dan daging MakMah.
  3. Masukkan 6 ketul ayam (600g) atau daging (600g).
  4. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak.
  5. Masukkan 300ml santan (2 cawan) dan masak sehingga pekat dan siap di hidangkan.

Haaa, macam mana? senangkan untuk masak rendang menggunakan perencah MakMah ni? Tak perlu gunakan banyak bahan-bahan untuk masak, masa memasak juga dapat disingkatkan dan tak perlu dah nak ‘berperang’ kat dapur untuk masak.

Bagi korang yang belum pernah merasa lagi perencah rendang ayam dan daging keluaran MakMah ni, anda wajib mencubanya. Macam mana nak dapatkan perencah keluaran MakMah ni. Untuk dapatkan perencah keluaran MakMah ni, anda boleh pergi ke page bagi produk MakMah ni.

Siapa yang tak rindukan masakan kampung dari air tangan ibu sendiri. Lebih-lebih bagi mereka yang jauh dari kampung untuk menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Sekali cuba pasti nak lagi. Confirm anda tak menyesal bila gunakan perencah keluaran MakMah ni. Rasa keaslian masakan tradisional tu melekat kat bibir dan pastinya menambat hati anda juga.

Pastikan MakMah, Baru Beli!!

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 79 times!)