Apam kukus coklat ni sangat mudah untuk dibuat kerana tidak memerlukan mixer. Selain menggunakan whisk, boleh juga guna blender atau pengisar untuk membancuh adunan. Rasanya pun sangat sedap, lembut dan gebu seakan-akan kek coklat kukus moist.

Resepi apam coklat ni boleh juga digunakan untuk membuat kek coklat moist. Secara asasnya, bahan dan cara untuk membuatnya sama je. Mungkin sebab yang ni di letakkan di dalam mangkuk kecil-kecil, nama pun tukar jadi apam coklat. Hehe. Kalau tak ada acuan kecil, boleh juga letakkan apam ni di dalam mangkuk kertas.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan butter/mentega cair
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking pawder, garam halus dan baking soda di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan gula kastor, telur, minyak sayur, susu pekat, butter dan air ke dalam bahan ayak tadi.
  3. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
  4. Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan.
  5. Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan.
  6. Kukus selama 15-18 minit.

Selamat mencuba…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 9 times!)