Sekarang ni makanan Korea memang tengah ‘in’ kan. Especially menu ayam goreng. Perghh memang terangkat. Banyak restoran ala Korea yang jual memacam jenis menu ayam goreng.

Tapi feveret kak M ayam goreng Four Fingers. Tapi biasalah bila nak order jenuh kena beratur panjang. Dah pandai buat resepi nih, senang la. Sedap tau. 80% rasa memang sama

Ayam Crunchy Korea Ala Four Fingers

Bahan-bahan :

  • 1 kg kepak ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam

Salutan:

  • Tepung Jagung

Sos:

  • 5 ulas bawang putih dicincang halus 2 sudu besar madu 1/4 cawan kicap manis 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar cuka 1 sudu besar chili flakes
  • Sedikit air Garam (jika perlu) Bijan

Cara-cara goreng ayam:

  1. Perap ayam dengan garam dan lada hitam dalam 15 minit.
  2. Kemudian gaulkan ayam dalam tepung jagung sampai rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam.
  4. Goreng dengan teknik “double-fry”. Maksudnya goreng 2 kali.
  5. Mula-mula goreng dalam 10 hingga 15 minit. Goreng kali yang kedua dalam 5-6 minit saja.
  6. Tujuannya supaya ayam jadi super crunchy

Cara-cara buat sos:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan kicap manis, chili flakes, air, cuka, gula merah dan madu.
  3. Kacau sebati. Masukkan dan kacau ayam goreng dalam sos hingga rata.
  4. Tabur bijan dan hidang. Siappp!!!

Jimat, sedap dan memang berbaloi. Cubalah!

#kakMmasak

Tonton video ini untuk langkah-langkah selanjutnya:

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 227 times!)