Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam masak kurma. Campuran rempah untuk kurma boleh dijumpai dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan secara komersial sebagai “serbuk kurma”. Lauk masak kurma ditumis dengan rampaian rempah kisar dan santan kelapa atau kelapa parut.

Kami akan kongsikan kepada anda resepi ayam masak kurma yang sangat senang untuk dimasak dan boleh dimakan bersama nasi panas yang pasti menaikkan selera anda.

Bahan tumbuk halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Bahan bancuhan rempah:

  • 1 pek rempah kurma
  • Sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Daun kari
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang karot
  • 1 biji kentang
  • 1 mangkuk kecil santan cair
  • 1 biji bawang besar
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 13 times!)