Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang sangatlah sedap. Resepi yang asli dari Negeri Sembilan dan resepi ini sememangnya langsung tidak menggunakan bawang.

Hidangan ni anggaran untuk 3-4 orang makan. Sila gandakan resepi kalau nak masak lebih.

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 15 biji cili api (boleh lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan untuk masak lemak:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai, diketuk atau dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat

Cara-cara menyediakan masak lemak cili api:

  • Kisar cili api bersama kunyit hidup.
  • Masak ayam didalam kuali tanpa minyak.
  • Masukkan bahan kisar tadi dan masak sehingga ayam menjadi kecut.
  • Keluarkan ayam dan masukkan santan cair.
  • Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan santan pekat, asam gelugur dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan sehingga mendidih.

Harap resepi ayam masak lemak cili api ini dapat membantu anda 🙂

Selamat mencuba!!!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)