Sebut saja kenduri, pasti ramai yang terbayang akan ayam masak merah yang disediakan. Rasanya yang enak pastinya akan menambah selera.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda tentang Resepi Ayam Masak Merah ala Kenduri yang sangat sedap dan anda harus mencubanya.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah | Ala Kenduri

Bahan – bahan kisar halus:

  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili kering (lebihkan jika anda suka pedas)

Bahan-bahan untuk masak Ayam:

  • 1/2 biji bawang merah, hiris nipis untuk tumisan minyak
  • 1 ekor ayam sedikit garam sedikit serbuk kunyit
  • 2-3 tangkai daun kari gula melaka secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa garam secukup rasa
  • 1 biji bawang, hiris membulat
  • hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah

Cara-cara untuk memasak:

  • Kisar Halia, Bawang merah, Bawang putih, Lengkuas, Serai, Cili kering dan Bawang besar sehingga halus.
  • Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
  • Tumis bawang besar dan daun kari menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  • Tambahkan sedikit gula melaka dan sos tiram.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng bersama serbuk secukup rasa dan air asam jawa.
  • Kacau sehingga masak.

Taddaaaaaaaaaa selamat mencuba! 🙂

Untuk maklumat lebih lanjut sila tonton video dibawah.

Kredit : CheNom

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)