Sebut sahaja rendang ayam, pasti mengingatkan kita tentang hari raya. Meskipun begitu, ia boleh dimakan pada bila-bila masa. Warna keemasan kuah serta ayam yang empuk pasti sedap dimakan dengan nasi putih. Ianya juga boleh dimakan bersama nasi, lemak, nasi minyak dan boleh dicicah bersama roti. Pasti menyelerakan!.. Jom ikuti resepi di bawah.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia *
  • 3 batang Serai*
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 inci kunyit*
  • Serbuk santan
  • 3 sudu makan kelapa (kerisik)
  • 8 sudu besar cili boh
  • Pelaga
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1 susu makan asam jawa
  • 4 sudu makan gula melaka
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Air

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat.
  2. Tumis kayu manis, pelaga, bunga lawang.
  3. Kemudian, tumis bahan kisar dan cili boh sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula melaka. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam. Kacau lagi
  6. Tutup kuali sehingga ayam keluar air.
  7. Tambah air untuk lembutkan ayam.
  8. Masukkan asam jawa.
  9. Masak sehingga pecah minyak atau menggelegak.
  10. Tambah garam dan secukup rasa.
  11. Masukkan serbuk santan yang dicampur dengan air. Kacau rata
  12. Masak sehingga mendidih.
  13. Masukkan kerisik. Kacau lagi.
  14. Bila warna dah gelap atau hampir nak kering atau terpulang pada anda ingin yang kering atau macam mana, boleh tutup api.
  15. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Rujuk video untuk lebih detail.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)