Ayam percik adalah antara makanan yang sangat popular di Malaysia. Selalunya dijual ketika di bulan Ramadan. Selalu terliur apabila ternampak ayam percik di bazaar ramadan? Senang je nak buat kat rumah sebenarnya! Jom buat!

Bahan-bahan:

Bahan Perapan Ayam:

  • 5 ulas bawang merah besar
  • 5 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 ketul ayam

Bahan Kuah:

  • 20 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 15 batang cili kering
  • 3 batang serai
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam mangkuk ayam dan perap selama 1 jam.
  2. Untuk kuah pula, kisarkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering sehingga lumat.
  3. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan serai dan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan didih sehingga separuh masak.
  6. Keluarkan ayam dan bakar sehingga menjadi warna keperangan.
  7. Dalam kuali yang sama tadi, masukkan santan pekat dan didihkan seketika.
  8. Ayam Percik sudahpun siap untuk dihidang kuah!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 5 times!)