Bazar Ramadhan yang popular di Singapura iaitu Bazaar di Geylang Serau, Woodland. Tidak akan beroperasi seperti tahun yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Rakyat (PA) berkata mereka tidak akan menganjurkan apa-apa jenis bazaar perayaan serta pameran dagangan yang berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Walaupun penduduk berasa kecewa dengan bazaar tersebut sering menyumbang pada suasana perayaan. Tambah PA lagi.

Katanya pihak penganjur akan mematuhi klausa pembatalan dan menjaga keselamatan para tender yang sudah menempah tapak perniagaan.

Untuk pameran perdagangan yang telah berlalu dan sedang diadakan, langkah – langkah pencegahan tambahan seperti pengambilan suhu badan dan menyediakan sanitize kepada pengunjung.

Pada 13 Mac lalu, pihak Kementerian Kesihatan Singapura telah mengeluarkan nasihat untuk orang awam menangguhkan atau membatalkan segala aktiviti dan perhimpunan yang tidak penting memandangkan gejala virus COVID-19 yang kini kian berleluasa.

Sumber rujukan : Siakapkeli

(This post has been visited 349 times!)