Ikan kembung antara ikan yang selalu jadi hidangan kita. Tapi masalah bila nak makan ikan jenis ini sebab ia mempunyai tulang yang banyak.

Ada ibu risau untuk beri makan ikan dekat anak mereka sebab bimbang tercekik tulang. Tapi jangan risau. Kita ada satu cara yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini adalah dengan buang tulang ikan ini waktu membersihkannya.

Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik, semua tulang keluar.

Teknik ini telah di kongsi oleh Nana Mea Soffea.

CARA-CARANYA :

  1. Siang ikan seperti biasa, buang perut dan bersihkan. (Jangan belah perut tengah lgi)
  2. Tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai
  3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai hujunh.
  4. Kemudian patahkan tulang di bahagian ekor.
  5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan yag menghubungkan kepala dan ekor.
  6. Kemudian pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan akan keluar terus.

Nak tahu lebih teliti, boleh tengok video ini.

Pakat beli ikan kembung berkilo2 kan.. Meh Nana share cara buang tuang ikan kembung dengan mudah sesangat๐Ÿก๐ŸŸ๐Ÿ˜˜#stayathome#covid19

Posted by Nana Mea Soffea on Wednesday, March 18, 2020

Selamat mencuba !

Sumber :Vanillakismis

 

 

(This post has been visited 1,130 times!)