Resepi biskut bunga cina ini sesuai untuk anda yang oven rosak atau tak ada oven. Hanya perlu bakar atas oven, dah boleh dapat biskut raya yang sedap. Jom cuba!

Cara Buat Biskut Bunga Cina 3 Bahan. Tak Perlu Guna Oven, Bakar Atas Dapur Jer

Bahan-bahan:

  • 1 peket tepung jagung 350gm
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan Planta

Cara-cara:

  1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung. Uli manja dengan tangan. Jika masih lembik, tambah sikit-sikit tepung jagung.
  2. Hiasan terpulang pada masing-masing.
  3. Sis guna acuan pecah 14.

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

  1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
  2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
  3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
  4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
  5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut . contoh biskut bunga cina ambil 15minit / sehingga kekuningan
  6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
  7. Siap!

Kredit: Noriza Awang Hamat 

Selamat mencuba!

 

(This post has been visited 3,298 times!)