Langos merupakan salah satu sajian ‘street food’ daripada Hungary. Ia adakah sejenis roti leper yang dihasilkan dari doh yang diadun, diperam dan digoreng di dalam minyak yang banyak.

Ia boleh dimakan bersama keju, krim masam, nutella dan sebagainya. Juga boleh dinikmati bersama sekaya, sambal bilis dan lain-lain mengikut cita rasa masing-masing.

Jom cuba buat, ikuti resepi perkongsian daripada Puan Suhaila Kusairi ini.

Resepi Langos Yang sedap Dan Mudah

Bahan A:

  • 300ml susu segar suam
  • 2 1/2 sudu teh yis segera

Bahan B:

  • 500gram tepung gandum
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh garam halus

Bahan C:

  • 200gram kentang – direbus dan lenyek halus

Bahan D:

  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling

Bahan Topping:

  • Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis, keju)

Cara Memasak:

  1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbuih anggaran sepuluh minit.
  2. Kemudian satukan bahan B dan C di dalam bekas. Gaul sebati.
  3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
  6. Sediakan papan/silikon mat dan tabur sedikit tepung.
  7. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
  8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja.
  9. Kemudian tarik tepi doh terpulang besar mana yang diinginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah dipanaskan tadi.
  10. Goreng sehingga kuning dan balikkan sebelah sehingga kuning juga.
  11. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk dinikmati bersama topping pilihan.

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Puan Suhaila Kusairi  (Facebook)

 

Baca juga: Ini Cara Buat Roti Canai Homemade Lembut & Rangup

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 359 times!)