Resepi puding oreo milo ini sangat mudah untuk disediakan. Menggunakan 5 bahan je terus jadi puding. Resepi ini dikongsi oleh Noraslinda Bugal di laman facebook miliknya.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • 1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
  • 800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
  • 150 gram gula pasir
  • 8 keping biskut Oreo
  • 2 sudu besar Milo

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
  2. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
  3. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
  4. Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
  5. Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
  6. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
  7. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan

Selamat Mencuba !

Anda juga boleh cuba resepi Puding Lapis Biskut Marie ni.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8,307 times!)