Untuk anda yang masih tercari-cari resepi rendang yang asli dan semestinya sedap. Anda wajib mencuba resepi rendang ayam ni. Resepi perkongsian oleh Zaky Mat Ali di laman Facebook. Menurutnya, resepi ini sangat ringkas, sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman. Jom cuba!

Cara Buat Rendang Ayam ‘Step By Step’, Resepi Asli Zaman Berzaman. Memang Ringkas & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara:

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
  4. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Gaul rata dan siap.

 

Selamat mencuba!

 

(This post has been visited 2,735 times!)