Bagi penggemar roti, roti cinnamon roll bukanlah sesuatu yang asing buat mereka. Di bakeri, baunya yang wangi sudah memenuhi seluruh bilik, rasa terliur pula bila terhidu.
Bahan-bahannya mudah sahaja tapi tak semua orang rajin untuk mengulikan doh untuk menyediakannya. Nak mudah, roti paratha sesuai digunakan untuk buat cinnamon roll. Guna airfryer pun mudah, di sini kami kongsikan resepi Cinnamon Roll versi laju dan mudah.
Cara Buat Roti Cinnamon Roll Versi Laju, Tak Perlu Uli Dan Boleh Guna Air Fryer
Bahan-bahan
- Roti paratha (guna jenama ini)
- Mentega kacang
- Sedikit gula perang
- Serbuk kayu manis
Bahan kuah atau topping roti
- 120gram gula aising
- Garam secukup rasa
- 30ml susu
- 1 sudu besar esen vanilla
Cara penyediaan
- Potong sekeping roti paratha pada empat atau lima bahagian.
- Sapukan mentega kacang pada roti paratha.
- Taburkan gula perang dan serbuk kayu manis.
- Gulung bulat seperti dalam gambar.
- Susun dalam loyang.
- Bakar dalam air fryer pada suhu 180 darjah selama 15 minit atau sehingga kekuningan.
- Sementara itu untuk topping, sediakan semua bahan dan kacau sampai sebati.
- Siap untuk dinikmati.
Tak sangka roti paratha pun boleh digunakan untuk menyediakan cinnamon rolls, kan? Bagi anda yang tidak mempunyai masa yang terlalu lama atau ingin cepat, bolehlah cuba resepi cinnamon roll versi laju ini. Semestinya ia juga sangat sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Fatihah Anis
Baca Juga: Resepi Coklat Nestum Bar Yang Sedap & Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja Tapi Rasa Macam Kit Kat!