Seorang wanita berkongsi satu resepi membuat roti pintal tanpa menggunakan telur. Yang pasti tetap sedap dan lembut. Lebih sedap daripada yang kita beli kat kedai. Katanya di laman Facebook MAHN.

BAHAN 1 :

  • Yeast 2 audu besar
  • air suam 1 cup
  • susu pekat manis 1 sudu
  • gula 4 sudu

*Kacau dan tunggu selama 15 minit

BAHAN 2 :

  • Tepung gandum 4 cup
  • Mentega 2 sudu
  • Water roux 1/2 portion
  • Bread enhancer 1/2 sudu kecil
  • Milk powder (susu tepung) 1 sudu besar

*Gaul sehingga seakan-akan kelihatan seperti bread crumb

CARA-CARANYA :

  1. Gabungkan *bahan 1 dan *bahan 2.
  2. Uli. Lebih lama diuli, lebih lembut dan gebu roti anda.
  3. Rehatkan selama 1jam
  4. Tekan doh untuk keluarkan angin
  5. Uli sedikit lagi.
  6. Ambil sejemput, gentel memanjang, dan buat braid (macam jalin rambut tuuu).
  7. Sedia untuk di bakar.
  8. Suhu 160°C selama 20 minit.
  9. Sapu mentega dan tabur gula icing atau nak lebih sedap lagi, dengan cinnamon sugar. Aummm!

 

*Water roux: Untuk melembutkan roti

  • 1 cup air
  • 2 sudu besar tepung gandum.

Selamat Mencuba!

Sumber rujukan : Facebook MAHN

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 112 times!)