Cara Memesan Makanan Menggunakan Aplikasi Grab Food

grab food

Nak makan kat mana? Malas nak keluar beli makanan? Jangan risau. Kan kita ada aplikasi Grab Food. Anda hanya perlu order dan bayar, makanan akan sampai depan pintu rumah atau tempat kerja anda.

Anda hanya perlu pastikan telefon pintar anda telah ada aplikasi Grab Food ini. Jikalau belum ada, muat turun sekarang di appstore atau google play anda.

1. Buka aplikasi Grab yang ada di telefon pintar anda.

grab food

 

2. Untuk memesan makanan, pilih dan klik pada Food atau Makanan

3. Pastikan alamat atau lokasi anda adalah betul.

grab food

4. Kemudian pergi ke ruang carian untuk mencari makanan yang anda ingin pesan. Tulis menu makanan atau nama restoren yang anda inginkan.

5. Setelah jumpa restoran yang anda inginkan, klik pada nama restoran untuk memilih menu yang terdapat di sana.

6. Setelah dapat makanan yang anda inginkan, masukkan makanan pilihan anda ke dalam bakul belian. Jumlah harga untuk makanan anda akan terpapar sekali di aplikasi tersebut. Kemudian, bolehlah anda place order.

BACA JUGA  Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan
grab food
Sumber : mysutori.com

7. Apabila anda sudah place order, Grab Food akan memproses makanan yang anda telah order dengan memaklumkan kepada restoren dan juga pemandu yang akan menghantar pesanan kita nanti.

grab food
Sumber : mysutori.com

8. Setelah siap, Grab Food akan memaklumkan kepada anda siapa yang akan melakukan penghantaran dan anggaran masa untuk pesanan anda disediakan dan dihantar ke lokasi anda. Lokasi penghantar makanan juga akan dipaparkan dalam aplikasi tersbut.

grab food
Sumber : mysutori.com

9. Apabila penghantar tiba di lokasi kita, kita akan menerima notis penghantaran.

grab food
Sumber : mysutori.com

10. Apabila makanan sudah diterima, bolehlah anda menikmati makanan anda.

Perkhidmatan ini sangat berbaloi dan menjimatkan masa anda. Semua di hujung jari sekarang, hanya perlu tekan-tekan dan dapat. Selamat mencuba.