Pernah makan Puding Lapis Roti yang enak dan menyelerakan seperti dalam gambar ni? Kalau belum pernah lagi, bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah. Makan sejuk-sejuk ni memang best sangat-sangat tau. Tak rugi kalau cuba hidangan yang mudah ini.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini. Puding ini mempunyai tekstur dan warna yang cantik pasti membangkitkan selera anda. Sesuai sangat jika nak hidangkan kepada tetamu atau untuk hari raya korban nanti.
Resepi Puding Lapis Roti Yang Mudah Serta Enak
BAHAN-BAHAN
Bahan A :
- 1 bungkus serbuk agar2 (10gm)
- 4 cawan air
- 1/2 cawangula
Bahan B :
- 5 keping roti
- 1 tin susu cair
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 2 sdb butter/margerin
- 1 sdt esen vanilla
- 2 biji telur
**guna pewarna hijau, kuning dan 2sdb serbuk coklat
CARA PENYEDIAAN :
- Sediakan loyang 8×8.
- Masak bahan A sehingga larut.
- Sambil menunggu Bahan A larut blend ke semua bahan B.
- Masukkan bahan blend tadi ke dalam Bahan A.
- Masak hingga mendidih dgn api perlahan.
- Agak-agak puding hampir pekat tutup api.
- Bahagikan adunan puding kepada 3 bahagian dan warnakan ikut suka.
- Tuang lapisan pertama dan biarkan separuh mengeras/cucuk-cucuk dengan garfu, kemudian tuang baki adunan seterusnya sehingga habis, jika baki adunan mengeras, panaskan semula dengan api kecil.
- Sejukkan, potong dan hidangkan
- Siap untuk dihidangkan
Mudah sahaja kan nak buat Puding Lapis Roti ini. Sekali buat pasti licin punya. Kalau hidangkan dekat tetamu, pasti ditanya resepinya. Kalau sudah ditanya jangan pula lokek untuk berkongsi resepi ya. Selain dihidangkan kepada tetamu, nak buat jualan pun boleh. Sebab tak ramai yang jual puding lapis macam ni.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek
Baca juga : Punyalah Mudah Nak Buat Puding Roti Caramel Ni, Makan Sejuk-Sejuk Serius Sedap!