Cara Senang Buat Lemang Hanya Guna Tin Minuman Dan Masak Dalam Pengukus Atau Rice Cooker

Kebiasaanya lemang dimasak secara bakar dalam buluh. Tapi musim pkp sekarang ini tak ada yang menjual. Teringin sangat dah nak makan, buluh pulak susah nak cari. Jadi jom kita cuba masak lemang dalam tin minuman. Mudah, cepat dan sedap.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • 1 Kg beras pulut
  • 1/2 Kg santan pekat ( tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK :

1.Tin minuman di basuh bersih dan masukkan daun pisang.

2.Basuh beras pulut lalu masukkan dalam tin 3/4 penuh.

3. Masukkan juga santan sama paras dengan beras.

4. Masukkan tin ke dalam inner noxxa dan masukkan air dalam inner suku dari tin tersebut ( boleh rujuk gambar)

5. Hp selama 30 minit dengan Noxxa.

6. Keluarkan wap.

7. Alihkan tin tersebut ke dalam oven. Bakar 15 ke 20 minit dengan suhu 200C.

 

8. Bila dah siap tunggu sejuk dan boleh keluarkan lemang dari tin.

9. Hidangkan bersama rendang.

*Jangan risau kalau tak ada periuk Noxxa, boleh saja terus bakar guna oven 180C dalam masa 1 jam 30 minit, ikut jenis oven.

BACA JUGA  Indonesian Cuisine: Resepi Bolu Kukus Mekar

*Boleh juga guna pengukus atau masak dalam rice cooker.

Selamat Mencuba !

Sumber : Are Peace via MAHN

Sumber rujukan : vanillakismis.my

 

 

0/5 (0 Reviews)