Seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Hamizah Zakaria ada berkongsi rahsia perut buncit umpama 6 bulan mengandung susut selepas minum minuman yang dibuat semudah abc ini. Minuman tersebut adalah minuman daun seleri yang di campur dengan beberapa bahan lain. Tetapi kesemuanya adalah bahan semulajadi seperti buah epal dan lemon.
Menurutnya minuman tersebut mampu mengurangkan nafsu makan. Bukan sahaja dapat mengurangkan perut buncit, air ini juga membuatkan kulit wajah kelihatan makin bersih dan kulit lembut seperti kulit bayi.
Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan Mudah & Menjadi!
RESEPI:
- 2-3 batang seleri
- 1/2 biji lemon (ambil airnya)
- Sedikit daun parsley (optional, kalau tiada boleh gantikan dengan timun batang)
- 1 inci halia (optional)
- Epal hijau/merah (kalau tiada, boleh letak madu/gula merah)
- 1 mug besar air
Anda hanya perlu kisar kesemua bahan di atas dan tapis. Setelah selesai boleh minum air tersebut. Minum setiap pagi InshaAllah menjadi.
Fuhhhhhh!Percaya jangan. Buat dulu. Perot nampak 6 bulan pregnant SUSUT SEMUDAH MINUM ABC. Resepi Celery 2-3btg…
Posted by Hamizah Zakaria on Friday, July 10, 2020
Mudah sahaja kan cara nak kempiskan atau susutkan perut buncit ini? Kalau diamalkan seperti apa yang disarankan pasti menjadi. Jangan lupa juga untuk kongsikan petua atau cara ini kepada kenalan korang ya.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Hamidah Zakaria
Baca juga: Nak Pecahkan Lemak Degil & Kempiskan Perut? Gunakan 4 Bahan Ini, Sekejap Je Dah Nampak Hasil!