Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Nak Jimat? Jom Belajar Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah. Boleh Guna Untuk Resepi Kerabu Yang Sedap & Ringkas

Rasida by Rasida
Mei 12, 2022
in Resepi, Tips
2 min read
0 0
0
CARA TANAM TAUGEH SENDIRI
0
SHARES
157
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Harga barangan mentah seperti sayur-sayuran semakin meningkat. Hal ini sangat membebankan pengguna dan menyebabkan mereka mengehadkan perbelanjaan mereka.

BacaJuga

KERABU MANGGA ALA THAI

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai, Mudah Sangat Untuk Buat Sendiri. Sedap Untuk Diratah Begitu Sahaja

April 10, 2022
404
KERABU PISANG MUDA

Ini Resepi Kerabu Pisang Muda, Hidangan Kampung ‘Rare’ Yang Menjadi Kegemaran Ramai

April 2, 2022
15

Dari dibeli, ada segelintir sayur-sayuran yang boleh ditanam dengan mudah di rumah. Antaranya adalah sayur taugeh. Jika anda tercari-cari caranya, ikuti perkongsian oleh Puteri Elena Megat untuk ketahui cara tanam taugeh sendiri di rumah.

Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah, Rupanya Senang Sahaja!

Bahan-bahan

  • Kacang hijau -dapatkan DI SINI
  • Air
  • Raga kosong
  • Kain basah
  • Tisu basah
  • Bekas kosong
  • Plastik gelap

Cara penyediaan

  1. Rendam biji kacang hijau sekurang-kurangnya satu jam atau boleh juga dibiarkan semalaman.
  2. Ambil raga kosong, letakkan kain basah dibawahnya. Letakkan biji kacang hijau yang dah direndam tadi. Ratakan.
  3. Jika ada lebih, letakkan tisu basah di atas biji kacang hijau tadi. Teruskan ulang proses ini sehingga habis semua biji kacang hijau. Buat secara bertingkat.
  4. Letakkan bekas kosong dibawah raga kacang hijau tadi supaya air yang disiram jatuh ke dalam bekas tersebut. Ini bagi mengelakkan kacang hijau busuk.
  5. Masuk bekas dan raga ke dalam plastik yang gelap seperti plastik berwarna hitam.
  6. Ikat plastik, letakkan di bawah sinki. Pastikan kacang hijau disiram dengan kerap sebanyak tiga atau empat kali sehari.
  7. Hari ketiga atau keempat dah boleh dituai tanaman anda.  CARA TANAM TAUGEH SENDIRI

Selesai sahaja menanam taugeh sendiri di rumah, anda boleh menggunakannya dalam pelbagai resepi. Antaranya adalah resepi kerabu taugeh mudah ini.

Resepi Kerabu Taugeh Sedap Dan Ringkas Sahaja

Bahan-bahan

  • Taugeh
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Tomato
  • Ulam-ulaman pilihan anda (resepi ini menggunakan kacang panjang dan daun pegaga)
  • Jus 2 biji asam limau nipis
  • 2 sudu kerisik
  • Garam

Cara penyediaan

  1. Celurkan taugeh dalam air yang mendidih selama dua hingga tiga minit. Tapis dan ketepikan.
  2. Hiris nipis bawang merah, cili merah, tomato.
  3. Hiris ulam-ulaman pilihan anda. Jika tiada pun tak mengapa.
  4. Perah asam limau nipis. Nak lebih atau kurangkan mengikut citarasa anda.
  5. Masukkan kerisik dan letakkan secubit garam.
  6. Gaulk rata semua bahan-bahan tadi termasuk sayur taugeh. Siap untuk dimakan. Boleh digaul 10 minit sebelum makan supaya kerabu tidak berair. CARA TANAM TAUGEH SENDIRI

Bagi anda yang ingin berjimat-cermat dan ingin cuba hobi baru, cuba pula cara tanam taugeh sendiri di rumah. Memang sangat mudah tak memerlukan banyak kos. Sedikit sebanyak boleh juga berjimat-cermat.

Selamat mencuba!

Kredit: Puteri Elena Megat

Baca Juga: Jangan Tersalah Beli! Ini Jenis-Jenis Susu Berbeza Di Pasaran Yang Anda Perlu Tahu

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
udemy free download
download intex firmware
Tags: cara tanam taugehkerabu taugehresepi kerabuTaugeh
ShareTweetSend

Related Posts

DENDENG DAGING ASLI PADANG
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah

Mei 24, 2022
5
nasi tomato
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

Mei 24, 2022
326
acar umbut kelapa
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Acar Umbut Kelapa, Rasa Lemak, Manis & Crunchy, Sedap Sangat!

Mei 23, 2022
41
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist