Pernah makan daging masak halia? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekali resepi daging masak halia yang istimewa ini!

Jarang jarang sekali kita dengar daging masak halia bukan? Selalu yang popular adalah daging masak kunyit atau daging masak merah. Kali ini kami kembali dengan resepi daging masak halia.

Mungkin ada yang kurang meminati halia, tapi untuk pengetahuan anda semua halia sangatlah elok untuk kesihatan anda. Selain daripada kaya dengan antioksidant, halia juga dapat mengelakkan demam dan selsema kerana sifat halia yang panas.

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu
  • 2 sudu besar cuka
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 cawan air tepung
  • 1 cawan kacang manis
  • Lada hitam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk, perapkan 500 gram daging lembu bersama 2 sudu besar cuka, 5 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar madu, 1 sudu kecil serbuk cili kasar dan 1 sudu kecil lada hitam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak dan 1 sudu besar minyak bijan. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak dan warna bertukar keperangan. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dan goreng bawang putih, halia, cili merah sehingga wangi.
  4. Masukkan daging goreng, air tepung jagung, kacang manis dan lada hitam. Masak seketika.
  5. Daging Goreng Halia sudahpun siap untuk dihidang! Makan dengan semangkuk nasi putih panas pun dah sedap!

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh tonton video ini !!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)