Setiap orang perlu memiliki jalan hidup tersendiri dan jangan putus ada dalam hidup untuk mencari kejayaan kerana rezeki berada dimana-mana sahaja.
Kisah Nuraishah Shamduddin ini mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anak muda untuk tidak takut membuat keputusan dalam hidup untuk membuatkan diri bahagia.
Gadis 27 tahun ini berkongsi kisahnya di Twitter dan telah mendapat perhatian daripada netizen. Ayuh ikuti perkongsiannya yang mungkin dapat membuka minda anda untuk sentiasa melakukan perkara yang membuat anda gembira!
7 months ago I ditch my designer career, go back home and live a simple life. I’m 27, I have no debt, I drive Perodua, I live with my mak and a cat, Copot, I go to kebun every morning till noon, I sell organic veggies for a living. Less is more. I’m happy with my current life. pic.twitter.com/6oM1AhWbWQ
— نورأيشه شمسوالدين (@Nuraishams) April 2, 2020
Menurut gadis ini, rutin hariannya setiap pagi hanya pergi ke kebun dan menjual hasil tanamannya sahaja iaitu sayur-sayuran sebagai sumber pendapatan.
Bahagia dengan kehidupan sekarang
Walaupun hasil pendapatannya tidak banyak mana, tapi dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Tambahnya lagi, sejak dia mulakan langkah sebagai seorang petani dengan berbudi dengan tanah membuatkan dia rasa bersyukur, lebih sihat dan paling penting rasa gembira.
I made this thread a few months after I started farming. Most of the veggies are from my organic kebun. I reap what I sow. I feed my family and others family with healthy vegetables. I am proud of what I’m doing to this world. https://t.co/latUfUZ9uc https://t.co/hbrDNjd5Vl
— نورأيشه شمسوالدين (@Nuraishams) April 2, 2020
Nuraishah ketika dihubungi mengatakan ia bukanlah mudah untuk dia menguruskan kebun tersebut kerana hampir 95% kerja di kebun diuruskan olehnya sendiri. Hanya kadangkala sahaja kerja-kerja kebun dibantu sedikit oleh sukarelawan.
Nuraishah mula berkebun selepas dia berhenti kerja sebagai seorang pereka secara freelance. Dia mengisi masa lapang dengan berkebun ketika menanti peluang pekerjaan di kampungnya di Teluk Intan.
So happy that im back in town. It is so peaceful here in kampung. The only thing that bugs me is that there are so many monkeys and boars here destroying my plants. Other than that, all good.
Gulai keli, bayam tumis air & telang lemon for today’s lunch (late post) pic.twitter.com/YLvcX061In
— نورأيشه شمسوالدين (@Nuraishams) October 27, 2019
Menjadi sebagai punca rezeki
Siapa sangka, pada mulanya hanya berkebun sebagai mengisi masa lapang dan minat, kini ia telah menjadi sebagai punca rezeki. Perancangan masa depan gadis ini adalah ingin membesarkan kebunnya, menganjurkan kelas tentang tanaman dan memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang sustainable living.
Gadis ini juga berkata, anda harus teruskan dan tidak berputus ada jika anda minat terhadap sesuatu kerana lama-kelamaan usaha titik peluh anda akan membuahkan hasil yang tidak disangka.
Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuatkan anda tidak berputus asa dalam mengejar impian dan yakin rezeki itu akan datang.
Sumber: TheVocket