Untuk masakan hari ini adalah Ikan Goreng Masak Lemak. Biasanya, bila kita masak  ikan masak lemak, kita akan merebus sahaja ikan. Tetapi resepi kali ini akan menggunakan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Kay jom kita tengok respinya.

Bahan-bahan

  • Ikan
  • Kunyit
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Minyak Masak
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk*
  • 2 batang serai – diketuk*
  • 3 ulas bawang merah – dihiris*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu teh kunyit*
  • Air
  • Santan Kotak
  • Garam & Gula
  • Bawang Besar
  • Daun Sup / Daun Bawang

Cara Memasak

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit, garam dan lada hitam.
  2. Goreng ikan.
  3. Tumis bahan bertanda (*).
  4. Tuangkan air. Kacau.
  5. Masukkan santan kotak dan air(untuk lebihkan kuah). Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Setelah mendidih masukkan bawang besar dan ikan.
  8. Biarkan ia mendidih sekejap.
  9. Angkat. Siap!!

Selamat Mencuba

 

Rujuk video di bawah.

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 44 times!)