Sebelum ni kak M dah try beberapa resepi ikan siakap stim. Tapi yang ini yang terbaru kak M try dan rasa puas hati sangat dengan rasanya yang cukup masam, manis, masin dan rasa fresh dari bawang putih dan daun ketumbar.
.
Pada tekak kak M rasa memang sedap dan very refreshing. Satu tip masakan Thailand ni banyakkan bawang putih dan kurangkan bawang merah.

Setengah menu memang langsung tak letak bawang merah tau.


Bahan asas untuk ikan stim ni mudah je, bawang putih, asam limau dan halia. 3 benda ni ramuan utama siakap stim.

Okeh dah dah menceceh kak M.

Jom kita tengok satu lagi resepi campak campak jadi…hehehe?

IKAN SIAKAP STIM LIMAU
.
Bahan-Bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • Stok ayam ( kalau takde guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau (kak M lupa nak beli)
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan ( 5 sudu besar)
  • Garam (tak nak letak pun takpe)
  • Gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.

2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Tapi Kak M nak cepat, jadi kak M gunakan magic pan. Pun boleh. Lagi cepat masak!
.
3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan. Kak M tak letak daun limau. Pastu sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.

4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.

https://youtu.be/WFPzSjqvIYc

5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Please rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.

https://youtu.be/wnRJSr3SSWY
.
6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.

7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi.

Dah siap!!


.
Jom try! Mudah, sedap dan cepat yeayyy ??

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 79 times!)