Hai semua, hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua Resepi Ais kepal Chocolatos Green Tea. Resepi ini sangat sesuai disajikan waktu minum petang atay tengahari. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas sekarang. Kalau yang beli belum tentu dapat memenuhi citarasa anda kan?
Bahan-bahan untuk membuat sangat ringkas dan senang diperolehi. Anda patut mencubanya kerana resei ini pasti memikat hati anak-anak semua. Topping nya juga mengikut selera anda semua.
Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea
Bahan – bahannya :
- Es(ais) batu
- 2 sachet chocolatos green tea
- SKM putih secukupnya
Topping :
- Kacang sangrai
- Meses ceres
Cara-cara Membuatnya:
- Masukkan chocolatos green tea kedalam cawan dan masukkan susu kental manis untuk melarutkan choclatos grean tea.
- Kacaukan supaya sebati.
- Kemudian masukkan es(ais) yang diketuk supaya kecil dahulu kedalam blender. Tambahkan sedikit air dan blend ais sehingga halus.
- Masukkan ais yang siap di blend ke dalam plastik untuk dikepal-kepal. Kemudian masukkan kedalam mangkuk dan siram dengan chocolatos green tea yang sudah siap dibancuh dengan susu kental.
- Topping nya, letakkan kacang tanah yang ditumbuk kasar atau mengikut selera masing-masing. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum Cuba Belum Tahu.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :
Kredit Oleh : Mama Adeeva