Kali ini kami akan menyediakan Resepi Apem Panggang dengan anda semua. Bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan. Tamban pula bahan-bahan yang diperlukan sangat senang unutk diperolehi.

Kebiasaan kita jumpa apem yang dikukus, tetapi kali ini kami sediakan resepi apem panggang yang pasti dapat memikat selera anda semua. Kuih ini sangat sesuai untuk dijadikan juadah sampingan.

Resepi Apem Pangang

 

Resepi Apem Pangang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 butir telur
  • 125 gr tepung tapioka
  • 150 gr tepung beras
  • 100 gr gula pasir
  • 1 sdm fermipan
  • 50 ml margarin cair
  • 1 gelas santan kental
  • 4 tetes pasta pandan

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan telur dan gula pasir kedalam bekas adunan. Kemudian adunkan didalam bekas adunan. Adunkan sehingga sekata.
  2. Apabila gula sudah larut, masukkan tepung beras dan juga tepung tapioka. Kemudian masukkan fermipan. Adunkan lagi sehingga sebati dan masukkan santan sedikit demi sedikit sambil adunkan bahan-bahan adunan.
  3. Masukkan pasta pandan dan teruskan kacau adunan supaya sekata. Kemudian diamkan selama 1 – 2 jam.
  4. Seterunya masukkan marjerin. Masukkan adunan yang siap diadunkan kedalam loyang mengikut citarasa masing-masing.
  5. Panggang didalam oven selama 20-25 minit. Kemudian kelaurkan dari oven dan potong mengikut citarasa masing-masing. Siap untk dihidangkan.

 

Semoga anda berhasil. Cuba jangam tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini untuk langkah demi langkah selanjutnya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)