Apem panggang jawa sangat dikenali di Indonesia. Kuih apem panggang jawa dibuat terutamanya daripada tepung beras, tepung tapioka dan bahan-bahan lain. Hasilnya lebih lembut, empuk dan juga bersarang. Berikut adalah resepi untuk membuat lapem panggang jawa tanpa menggunakan tape.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 2 butir telur
  • 125 gr tepung tapioka
  • 150 gr tepung beras
  • 100 gr gula pasir
  • 1 sdm fermipan
  • 50 ml margarin cair
  • 1 gelas santan kental
  • 4 tetes pasta pandan

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan apem panggung jawa.
  2. Masukkan telur, dan gula pasir. Lalu, diaduk hingga gula tersebut larut.
  3. Masukkan tepung beras, tepung tapioka, dan fermipan. Aduk sehingga bercampur rata, seterusnya tuangkan santan dan aduk hingga bercampur rata.
  4. Masukkan pasta pandan, aduk sehingga bercampur rata dan biarkan lebih kurang selama 1 jam atau 2 jam.
  5. Setelah itu, masukkan marjerin supaya kuih akan lebih empuk dan tahan lama.
  6. Kemudian, masukkan adunan kedalam acuan loyang. Lalu, dibakar didalam oven lebih kurang selama 20 minit atau 25 minit dengan suhu 180’c.
  7. Akhir sekali, keluarkan dari oven dan tunggu hingga sejuk. Lalu, dipotong dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaanya:

Kredit resepi Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 18 times!)