Berikut adalah Resepi Asinan Sayur yang enak. Resepi yang sangat simple dan bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi.

Resepi ini sesuai disajikan bersama nasi atau sebagai juadah sampingan. Bagi yang nak diet tu sangat sesuai resepi sayuran ini.

 

 

Resepi Asinan Sayur

Bahan – bahannya:

  • 2 buah timun dibelah dipotong – potong
  • 2 buah wortel diserut
  • Tauge Kol diiris tipis2
  • Selada diiris tipis2
  • 7 buah cabe merah besar/sesuai selera
  • Sedikit terasi
  • Kacang tanah goreng secukupnya
  • 2 buah tahu putih dipotong – potong
  • Air, garam, gula pasir dan cuka secukupnya

Cara-cara Memasak:

  1. Tumbuk halus cabe, terasi dan sedikit garam. Kemudian masukkan kedalam air yang mendidih dan rebuskan. Masukkan gula pasir dan garam. Tunggu sehingga mendidih.
  2. Tutupakan api dan masukkan tauhu. Kemudian masukkan cuka apabila sudah sejuk.
  3. Tuangkan  didalam bekas berisi sayuran dan masukkan sekali kacang. Kacaukan sehingga sebati. Biarkan seketika dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 37 times!)