Adakah anda pernah makan atau rasa kelazatan ayam serundeng? Makanan khas Sunda ini memang nikmat dan memberi kepuasan kepada sesiapa yang pernah merasanya. Berikut adalah resepi ayam serundeng pedas dan enak.

Bahannya adalah :

  • 1/2 ekor ayam direbus disuwir – suwir
  • Lengkuas, sereh, kunyit dan jahe
  • Daun salam dan daun jeruk
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • Cabe rawit merah sesuai mengikut selera
  • Jintan dan ketumbar
  • Garam, gula jwa dan kaldu bubuk
  • Air asam jawa secukupnya

Cara-carnya adalah:

  1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cabe, jintan, ketumbar, sedikit garam, kunyit, jahe, gula jawa. Kemudian, serai dan lengkuas diketuk.
  2. Masukkan ayam yang sudah direbus dan dicarik, kelapa parut, serta masukkan semua bahan yang sudah ditumbuk halus dan diketuk tadi. Lalu, kesemuanya diaduk sampai bercampur rata.
  3. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan-bahan (bumbu) tadi. Masukkan daun jeruk dan daun salam, kaldu ayam bubuk dan garam. Kacau sehingga bercampur. Masak sampai bumbunya meresap, kelapa matang dan nampak sedikit kering.
  4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Selalu dikacau atau diaduk, masak lagi sampai betul-betul kering dan bumbunya meresap.
  5. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 33 times!)