Pao atau dikenali sebagai ‘steamed bun’ antara salah satu makanan yang sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Pada mulanya pao ini datang daripada China. Berikut merupakan resepi untuk membuat bakpao isi kelapa yang sangat lembut, resepi oleh Bunda Cinta.

Bahan-bahan pao:

  • 250 gr tepung terigu
  • 1 butir telur
  • 4 sdm gula pasir
  • 2 sdm mentega
  • 1 sdm fermipan
  • 2 sdm maizena
  • 1 sdt SP
  • air secukupnya
  • pasta pandan

Bahan-bahan isi pao:

  • 1 butir kelapa parut
  • 5 sdm gula pasir
  • 2 sct panili
  • garam secukupnya
  • pewarna makanan

Cara-cara buat isi pao:

  • Panaskan kuali, letak gula, kelapa parut, garam dan juga pewarna
  • Kacau sehingga sebati dan masukkan panili untuk naik bau dan tunggu sehingga matang

Cara-cara buat pao:

  • Campurkan gula pasir, SP, telur fermipan, mentega dan gaul sehingga gula larut
  • Kemudian masukkan tepung maizena
  • Masukan tepung terigu adun sehingga rata
  • Tambah air sehingga adunan siap
  • Tambahkan pasta perasa pandan
  • Diamkan dalam masa 30 minit
  • Kemudian isi pau dengan inti mengikut selera
  • Diamkan lagi 20minit kemudian kukus selama 15minit
  • Selepas 15minit pau sudah siap dan boleh dihidangkan

Selamat mencuba. Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi: Bunda Cinta

5/5 (3 Reviews)
(This post has been visited 84 times!)