Korang suka makan bakso tak?? Berikut saya kongsikan kepada anda resepi membuat bakso ayam homemade mudah dan enak.

Bahan yang diperlukan untuk bakso :

  • 500 gram daging ayam fillet
  • Tepung tapioka 100gram + 5 sdm
  • Ais batu secukupnya
  • 2 butir telur
  • 5 siung bawang putih
  • 2 sdm bawang goreng dihaluskan
  • 1/2 sdm garam, gula pasir, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk

Bahan untuk membuat bakso :

  • Tulang ayam
  • Daun bawang seledri
  • Garam, gula pasir, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk

Bahan untuk pelengkap :

  • Sawi hijau dan toge
  • Sos sambal dan kecap
  • Bawang goreng secukupnya

Cara-caranya adalah:

  1. Masukkan ais batu bersama daging ayam yang sudah dicincang halus. Kemudian, dikisar lagi hingga betul-betul halus. Masukkan telur, garam, gula pasir, lada bubuk, kaldu bubuk, bawang putih dan bawang goreng yang sudah dihaluskan, serta tepung tapioka secukupnya. Aduk hingga bercampur rata.
  2. Seterusnya, panaskan air sehingga mendidih, rebus adunan bakso yang sudah dibentuk bulat. Rebus hingga kesemuanya matang dan terapung.
  3. Untuk kuah bakso: Panaskan air, rebus tulang ayam. Rebus sebentar sampai ayamnya masak, lalu diangkat. Keudian, Didihkan air, masukkan tulang ayam yang sudah direbus, garam, kaldu bubuk, gula pasir, dan lada bubuk. Masak lagi. Masukkan daun seledri jika dan cukup masak.
  4. Untuk hidangan: Masukkan mee kuning, sawi, toge, dan bakso, kemudian tuangkan kuahnya. Masukkan sos sambal, kecap, dan bawang goreng sesuai dengan selera.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

 

 

 

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 196 times!)