Batagor atau singkatan dari “bakso tahu goreng” merupakan jajanan tradisional Indonesia. Cara membuat batagor sangatlah mudah. Batagor ini biasa disajikan dengan menggunakan saus kacang. Ini adalah resepi dan cara membuat batagor tanpa ikan.

Bahan untuk batagor tanpa ikan :

  • 150gram tepung tapioka
  • 100gram tepung terigu pro sedang
  • 100ml air
  • 1/2 sdt soda kue
  • 1 butir telur
  • Garam dan lada bubuk secukupnya
  • 2 siung bawang putih dihaluskan
  • 1 helai daun bawang iris tipis
  • 4 buah tahu putih

Bahan pelengkap :

  • Tahu coklat
  • Pangsit
  • Timun

Bahan soas kacang :

  • 100gram kacang tanah digoreng
  • 1 siung bawang putih digoreng
  • Cabe secukupnya digoreng
  • Garam secukupnya
  • 50gram gula jawa
  • 1 buah jeruk limau
  • Air asam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Haluskan tauhu putih dahulu
  2. Kemudian  masukkan bawang putih yang dah dihaluskan
  3. Masukkan lada bubuk dan garam secukupnya
  4. Kemudian masukkan daun bawang dan pecahkan sebutir telur
  5. Kacau sehingga rata
  6. Masukkan tepung terigu dan tepung tapioka
  7. Kacau sehingga rata
  8. Masukkan ragi yang telah dicampurkan dengan air
  9. Kacau sehingga rata dan biarkan ia mengembang
  10. Masukkan kacang tanah dan gula jawa ke dalam blender
  11. Masukkan lada dan bawang putih serta air secukupnya
  12. Blender sehingga hancur
  13. Tumis bahan yang telah di blender dan masukkan air asam jawa
  14. Kacau sehingga rata
  15. Tumis sehingga pecah minyak
  16. Perahkan asam limau ke dalam masakan tadi
  17. Setelah itu isi bahan yang pertama tadi ke dalam tauhu yang telah dilubangkan tengahnya
  18. Goreng tauhu  tadi di dalam kuali yang mengandungi minya panas
  19. Letakkan tauhu goreng tadi ke dalam pinggan dan tuangkan bahan yang ditumis tadi ke atasnya
  20. Boleh tambahkan sos dan kicap manis untuk menaikkan rasa

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 5 times!)