Hai semua. Bagi semua yang mencari resepi yang sangat ringkas dan bahann-bahan yang sangat senang dan sedikit, saya sediakan resepi bolu kukus mekar tanpa serbuk penaik untuk anda semua. Resepi yang sesuai buat minum petang dan sebagai makanan sampingan semasa majlis-majlis tertentu. Yang pastinya hasilnya sangat sedap dan menarik.
Berikut merupakan cara membuat bolu kukus mekar tanpa serbuk penaik dengan mudah dan cepat :
Bahan-bahan membuat bolu kukus mekar :
- 250 gr tepung terigu
- 225 gr gula pasir
- 2 butir telur
- 130 ml air soda (sprite)
Cara-cara memasak:
- Mixer dulu telur dan gula pasir sehingga kembang.
- Kemudian masukkan air soda dan tepung terigu secara bergilir kedalam mixer.
- Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan ditambahkan pewarna makanan. Kacaukan higga sebati.
- Kemudian masukan adunan secara berlapis berlainan warna kedalam bentuk mengikut citarasa masing-masing.
- Apabila adunan sudah penuh diisikan kedalam bekas bentuk, Kukuskan selama 15 – 20 minit. Kemudian keluarkan dan siap untuk dihidangkan.
Semoga berjaya. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video dibawah bagi mengetahui cara yang mudah untuk menyediakannya:
Kredit : Bunda Cinta