Adakah anda penggemar bolu tulban panggang pandan mini?? Bolu tulban mempunyai rasa yang enak dengan kelembutan bolu tulban menggunakan beberapa bahan utama seperti tepung terigu, telur dan bahan-bahan lain. Berikut adalah resepi untuk membuat bolu tulban panggang pandan mini.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 4 butir telur
  • 130 gr tepung terigu
  • 100 gr gula pasir
  • 50 gr mentega
  • 1 sdm SP
  • 1 sdm baking alpina
  • perasa pandan

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan bolu tulban panggang pandan mini.
  2. Masukkan telur, gula pasir, baking alpina dan SP. Lalu, diaduk hingga mengental dan berwarna putih menggunakan mixer pada kelajuan tinggi.
  3. Seterusnya, masukkan perasa pandan, tepung terigu dan diaduk lagi menggunakan mixer.
  4. Masukkan mentega cair dan diaduk hingga bercampur rata.
  5. Kemudian, masukkan separuh adunan kedalam acuan yang sudah disapu dengan marjerin.
  6. Setelah itu, dipanggang hingga matang lebih kurang selama 20 minit atau 25 minit.
  7. Akhir sekali, keluarkan bolu dari acuan dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaanya:

Kredit resepi Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 13 times!)